Wednesday, August 29, 2012

BIO AURA Hi-Tech Water System


Tukar filter anda jika sudah cukup tempoh masa penggunaannya demi kualiti airnya.
1. Filter A, B dan C - setahun sekali
2. Filter D dan E - 3 tahun sekali
3. Filter F - 5 tahun sekali

Service yang baik akan memastikan kualiti air yang diminum mencapai standard kualiti seperti yang ditetapkan oleh SIRIM.
Hubungi saya untuk service percuma Bio Aura anda - 0193420302.

Minyak Pelincir HAI-O JTX


Produk yang memenangi Anugerah Pingat Emas Geneva, Minyak Pelincir
Hai-O JTX Fully Synthethic [10,000 km].

Kuasa pecutan yang hebat dan menjimatkan kos bahan api antara 10-20%.

Diedarkan oleh syarikat yang mempunyai Lesen Pengedaran Petroleum [PDA 11241] di bawah Petroleum Development Act 1974.

Terdapat juga untuk kualiti Semi Synthethic, Regular, Minyak Pelincir untuk Kancil dan Kelisa serta Minyak Konsentrasi [Concentrated Oil].

Ciri-ciri Minyak Pelincir Hai-O JTX 1000:

- Diperkuatkan dengan agen penahan tekanan dan agen pencegah geseran untuk mencapai perbatuan 10,000km.

- Meningkatkan kuasa enjin.

- Mengurangkan suhu semasa perjalanan.

- Membolehkan pergerakan enjin yang lebih stabil dan senyap.

- Mengurangkan penggunaan bahan bakar seperti petrol, diesel atau gas.

- Bersesuaian dengan kenderaan yang menggunakan minyak petrol dan minyak diesel

- Minyak pelincir yang dijaminkan kualiti dengan Sijil ISO 9001.

- Minyak enjin pelbagai gred yang canggih diperkaya dengan pekatan tambahan Jet Turbo-X 5000 EP/AW.

- Memenuhi atau melebihi spesifikasi prestasi API SL/CG 4, ACEA A3-98, B4-98, E2-96, MB 228.0/1 MB 229.1 MACK EO-1, MTU/DDC TYPE 1, M.A.N.270/271, ALLISON C-4.


Enjin menjadi lebih bersih apabila menggunakan minyak JTX-1000.


Tuesday, August 28, 2012

Jom turunkan berat badan dgn PREMIUM BEAUTIFUL Corset!


Berat badan bertambah lepas Raya?! Nk diet... nak ambil ubat kurus?!
Jom kawan2 selesaikan masalah anda dgn pemakaian Premium Beautiful Corset. Tanpa Pil... Tanpa Suntikan... Tanpa Pembedahan... n Kesan Serta Merta Dlm Masa 3 Minit Shj! Bepeluang Melancong PERCUMA VVIP ke London n Paris serta Umrah!
Free Fitting... Free Consultation! Call me 0193420302 for info...

KEKEJAMAN Rejim BASYAR!

Kelu lidah untuk berkata-kata apabila melihat gambar ini, dan tanpa sedar mengalir air mata melihat gambar yang penuh tragis ini!


Gambar sebelah KIRI menunjukkan seorang ibu meninggal dunia dalam keadaan memeluk anaknya. Mereka di antara syuhada' yang gugur syahid dibunuh dan disembelih oleh rejim Basyar dalam pembunuhan besar-besaran di Darayya, sekitar Dimasyq semalam.

Gambar sebelaj KANAN pula menunjukkan gambar yang hampir sama, tetapi ia berlaku ketika peritiwa Hama pada tahun 1982 yang dilakukan oleh ayah Basyar, Hafeez Asad. Peristiwa Hama merupakan di antara peristiwa paling tragis berlaku kepada rakyat Syria yang menyaksikan pembunuhan seramai 40 000 ribu Sunni di Syria.

Ya Allah, hancurkanlah mereka dan hinakanlah mereka di atas segala kezaliman yang telah dilakukan kepada umat Islam!


Penyembelihan terbaru yang dilakukan oleh tentera rejim Basyar di bandar Darayya, sekitar Dimasyq semalam [25/8/2012] sehingga mengorbankan lebih 400 orang.

Pembunuhan terbesar tersebut dilakukan oleh para syabbihah [tali barut Basyar] dan juga tentera rejim dengan menyembelih dan menembak masyarakat awam di Darayya dari kalangan kanak-kanak, wanita, lelaki dan juga orang tua.

Semoga Allah melaknat mereka di atas pertumpahan darah yang dilakukan ke atas umat Islam tanpa hak!

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM dan SELAKU SEORANG MANUSIA
- Mendoakan saudara kita di Syria.
- Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan.
- Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud;
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI... dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim."

Kalam Saidina Ali;
"Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat!"

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah! Telah datang kebenaran [Islam], dan hilang lenyaplah perkara yang salah [kufur dan syirik]; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap!"

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17;
"Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi!"
Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan...

WARNA dan PERSONALITI


Warna kegemaran dapat memberi sedikit gambaran tentang peribadi seseorang.

Melalui kajian moden, warna membantu seseorang untuk mengenalpasti personaliti seseorang. Ini biasanya dapat dilihat dari warna pakaian yang dipakai. Dalam kehidupan seharian, kita sering melihat KEBANYAKAN wanita pada hari ini gemar mengenakan pakaian dan aksesori berdasarkan warna yang digemari.

Warna baju sering memainkan peranan pentingdalam mewujudkan suasana mengikut perasaan. Bahkan, warna dapat mengubah rasa, dan mempengaruhi persekitaran seseorang. Kuasa warna juga secara tidak langsung menonjolkan ragam seseorang selain pilihan yang dibuat menunjukkan personaliti diri yang dikatakan akan mempengaruhi warna dan mood pemakai.

Secara tidak langsung, warna pakaian seseorang melambangkan personaliti. Misalnya, wanita yang mengenakan pakaian merah akan kelihatan berani, merah dan cergas.

Tidak ketinggalan, wanita yang memakai baju biru lebih sabar, sejuk dan tenang. Mungkin warna hijau sering dikaitkan dengan keindahan alam semulajadi tetapi sebenarnya ia juga menggambarkan pemakainya seorang yang tenang, bijak dan tidak banyak karenah.

Bagi wanita yang ingin kelihatan feminin dan tenang, boleh memilih warna ungu. Sebaliknya, wanita yang ingin kelihatan ceria dan cergas, boleh mengenakan warna oren. Merah jambu pula sering dikaitkan dengan sifat dan hal feminin.

Perkaitan antara warna dengan personaliti adalah seperti di bawah:
Ia merupakan kajian yang dilakukan oleh pakar jiwa, perubatan dan pakar psikologi bagi mendapatkan ketepatan maklumat mengenai personaliti manusia melalui pemilihan warnanya.

BIRU MUDA
- Pengasih dan penyayang

BIRU TUA
- Rajin dan penuh dedikasi

OREN
- Bersemangat dan komited

KUNING
- Ceria dan sentiasa bersangka baik

HIJAU
- Tenang dan tidak banyak karenah

MERAH
- Berani dan emosional

UNGU
- Kejayaan dan sikap positif

HITAM
- Rasmi, serius atau hiba

COKLAT
- Matang dan bertanggungjawab

PUTIH
- Bersih dan amanah


PENJELASAN TERPERINCI

HITAM
Degil dan berdikari
Semangat yang kuat, terlalu yakin pada pendapat diri dan berdisiplin.
Kelihatan matang dan menyelubungi identiti yang sebenarnya.
Mewakili perbuatan tidak mengaku kalah.
Menyerah diri hanya pada saat-saat akhir.
Dalam situasi tertentu menunjukkan personaliti yang mempunyai kawalan terhadap diri mengikut imej berkomunikasi.

MERAH
Mendesak, mudah diransang dan lincah.
Mempunyai cita-cita yang tinggi, dan apabila menginginkan sesuatu akan dilakukan dengan pantas.
Cuba melakukan sesuatu dalam keadaan yang terbaik.
Kurang peka pada perasaan orang lain apabila diri menjadi tumpuan.
Perlu belajar menjadi pendengar yang baik.
Sedikit memaksa dan mudah membuat keputusan apabila bertindak dalam keadaan terdesak atau mencemaskan.
Mempunyai kelebihan yang boleh disalurkan untuk memimpin, membangunkan atau mengembangkan sesuatu.
Berani dan peramah namun mudah marah sekiranya tidak dapat memenuhi kehendak.
Perlu belajar untuk sabar.

PUTIH
Mempunyai keperibadian yang positif, matang dan optimistik.
Bersih dan amanah.
Gemar menyendiri.
Inginkan gaya hidup sederhana dan bebas tekanan.

BIRU LEMBUT
Kreatif, mudah mengerti serta mudah sensitif.
Mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta sentiasa bertindak secara praktikal dalam kehidupan.
Teliti dalam teguran.
Penasihat yang baik kerana menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.
Gemar melakukan aktiviti mengikut kesesuaian masa serta tidak suka terburu-buru.
Ingin suasana selamat dan mendamaikan.

BIRU GELAP
Seorang yang cerdik, mempunyai keyakinan yang tinggi, serta mempunyai perasaan yang mendalam.
Merasakan diri bertanggungjawab kepada orang lain serta seronok dalam membuat pilihan.
Memerlukan persekitaran yang tenang, serta ingin dibelai dengan kasih sayang.
Mudah terganggu dengan keadaan bising.
Bos yang menggemari pakaian berwarna ungu kebiruan mudah sensitif serta mudah bersimpati, mudah dipergunakan.

MERAH JAMBU
Bersikap penyayang, menyintai alam semula jadi.
Mudah bersimpati dan memahami.
Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi.
Sentiasa memerlukan dorongan dan sokongan orang lain.
Sedikit keanak-anakan.
Sentiasa menyayangi dan menghargai diri sendiri.

OREN
Mampu menguasai dan mempengaruhi sikap orang lain.
Tidak sabar.
Mudah berdikari dan mempunyai perancangan serta berdaya memotivasikan diri sendiri.
Bersikap praktikal dan kreatif.
Sangat bertenaga namun mudah gelisah.
Aktif dan mahu bersaing dan sentiasa periang.

HIJAU
Berwaspada, berhati-hati dan tidak mudah mempercayai orang lain.
Sesuai dengan kehidupan yang damai dan sunyi.
Bermurah hati, berperikemanusiaan serta membantu orang lain untuk mengubah sikap.
Mudah sensitif, ia jelas kelihatan dengan gaya pandangan mata.

KUNING
Penuh minat dan ceria
Aktif dalam jua aktiviti.
Mempunyai semangat yang tinggi dan mampu hadapi cabaran hidup.
Kuning cerah menggambarkan sikap yang spontan dan bijak berkomunikasi.
Sentiasa menginginkan dan berharap untuk mencapai kegembiraan.
Idea dan pemikiran tinggi.
Sentiasa baru dan moden dan mengalami perkembangan.
Sentiasa memerlukan ketenangan apabila konflik.

UNGU
Berkebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan hati, mempunyai perasaan yang mendalam, serta bercita-cita tinggi.
Berkeinginan untuk berjaya dalam semua bidang dan ingin melibatkan individu lain bersama.

PERANG
Bersikap jujur, bersifat realistik, sukakan gaya hidup yang berstruktur dan tolong menolong.
Sentiasa membelai rasa, menghargai makanan, minuman dan juga rakan yang baik.
Bersifat pelindung, mungkin dengan memendamkan emosi ataupun rahsia sehinggakan sentiasa berundur diri dan takutkan dunia luar.

KELABU
Tersendiri pendekatannya.
Kawalan diri yang tinggi dan sangat cenderung untuk tidak merapatkan diri dengan orang lain.
Suka mengasingkan diri.
Selalunya menjadi orang yang membuat keputusan dan juga pengkritik yang baik...

RAHSIA WARNA UNTUK KESIHATAN


Anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk. Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah tersebut.

MERAH - HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya, letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenal

BIRU - MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
Anda rasa tertekan? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah "screen saver" computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang

MERAH JAMBU - ELAKKAN INSOMNIA
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut.Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik...

JINGGA - CERIAKAN MOOD ANDA
Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah.

HIJAU - LENYAPKAN KELETIHAN
Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan...

Blogger HANIS ZALIKHA Pegang Watak Utama GANGSTER CELUP!

Blogger HANIS ZALIKHA Pegang Watak Utama Filem GANGSTER CELUP! Antara Pelakon2 Utama yg lain: Syamsul Yusof, Kamal Adli, Azad Jazmin, Reen Rahim...
Arahan: AHMAD IDHAM


KUALA LUMPUR: Pelakon baru, Hanis Zalikha menganggap penyertaannya ke dalam industri seni membuatkannya teruja lebih-lebih lagi dipilih menggalas watak utama dalam filem Gangster Celup.

Hanis, 22, berkata, selain melihat sejauh mana dia mampu mengetengahkan bakat lakonan, dia juga dapat menambah kenalan daripada kalangan penggiat filem.

"Ini merupakan kali pertama saya menggalas watak penting dalam filem dan saya begitu teruja menyertai bidang ini."

"Bagi saya, dunia perfileman ternyata satu bidang yang saya berlainan berbanding dengan kerja-kerja profesional lain. Antaranya, saya dapat menambah kenalan daripada orang industri pula." katanya.

Tambah Hanis, pada mulanya, dia enggan terlalu serius di bidang lakonan dan menolak pelbagai jenis tawaran, namun tawaran yang diberikan oleh pengarah Ahmad Idham dalam Gangster Celup membuatkan dia mula terbuka hati untuk berlakon.

Bagaimanapun, Hanis tidak mahu peminat-peminat menerusi blognya iaitu inibelogsaya.blogspot.com menganggap kehadiran dia ke dalam industri hiburan tempatan akan menjadi satu bidang kerja yang serius pada masa akan datang.

"Saya seorang wanita yang suka mencuba pelbagai perkara termasuklah bekerja dalam industri hiburan tempatan."

"Kalau boleh, saya mahu orang mengenali saya sebagai Hanis Zalikha, yang mampu melakukan apa-apa sahaja termasuklah menulis di blog, berlakon, mengacara dan berbagai lagi perkara lain yang akan diterokai nanti." ujarnya.

Selain Hanis, filem Gangster Celup yang menelan belanja sebanyak RM1.7 juta itu turut dibarisi pelakon Syamsul Yusof, Kamal Adli, Azad Jazmin dan Reen Rahim.

Dalam pada itu, Hanis juga bakal muncul di televisyen, mengendalikan sebuah program terbaru, Mad Market yang akan ditayangkan pada September depan.

Punca Cepat LETIH dan MENGANTUK... serta Cara Mengatasinya


Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan? Sebelum anda cuba menyalahkan cara hidup anda yang sibuk cuba fahami antara punca-punca yang mungkin penyumbang terbesar terhadap masalah keletihan anda itu.

KEKURANGAN DARAH
- Dikalangan perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah ketika datang haid. Biasanya tahap besi [iron] dalam darah akan berkurang dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen keseluruh organ. Lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar, adalah simptom anemia. Pergi berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai simptom-simptom tersebut.

Sekiranya disebabkan kurang besi dalam darah, dapatkan iron supplement di klinik-klinik atau makan-makanan yang mempunyai kandungan iron yang tinggi seperti daging merah, dan juga kekacang.

Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.

Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

KEKURANGAN HORMON TIROID
- Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan agak murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.

Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.

DEHIDRASI
- Mudah lemah mungkin disebabkan anda kurang minum air. Sama ada anda melakukan senaman ataupun bekerja di atas meja, badan anda sangatlah memerlukan air. Apabila anda dahaga, itu bermakna anda dehidrasi.

Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sekiranya anda ke gym, minum air setiap kali anda melakukan senaman. Apabila rasa dahaga sahaja, terus minum seteguk dua. Apabila anda minum banyak air, air kencing anda akan kelihatan lebih jernih dan terang.

JANGKITAN KUMAN AIR KENCING [UTI]
- Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.

UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.

Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.

CAFFEINE
- Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan.

Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan teh, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.

ALAHAN MAKANAN
- Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan itu dari suapan harian anda.

KEKURANGAN TENAGA
- Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.

Mesti, mesti dan mesti sarapan pagi! Ambil sarapan yang simple seperti beberapa keping roti atau telur separuh masak. Supaya tenaga anda dapat dibekalkan di waktu pagi. Waktu pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk fokus pun anda memerlukan tenaga juga.

SLEEP APNEA atau DENGKURAN [gangguan semasa tidur melalui pernafasan]
- Kadang-kadang anda fikir anda sudah mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini pula yang mengganggu. Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur. Menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi anda mungkin tidak sedar. Hasilnya, anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda di siang hari merudum.

Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok. Kedua-dua ini berpotensi anda mendapat apnea.

Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.

LEMAH JANTUNG
- Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.

PENYAKIT KENCING MANIS
- Walaupun kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik. Tenaga tidak dapat dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah letih. Cuba tanya ibu atau ayah anda yang mengalami kencing manis dan tanya kepada mereka sama ada mereka mudah letih atau tidak. Semestinya mereka akan mengatakan ya.

Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.

Makanan Terbaik Buat LELAKI

Kunci untuk lelaki yang bertenaga adalah peredaran darah yang lancar. Jadi, untuk mendapatkan peredaran darah yang lancar lelaki perlulah mengamalkan pemakanan yang kaya dengan asid lemak seperti ikan. Paling disyorkan adalah ikan Salmon dan ikan Tuna.

Dalam pemakanan harian juga perlu ada multivitamin dan mineral dimana kedua-dua ini baik untuk fungsi saraf kemudiannya membantu untuk peredaran darah yang lancar.

IKAN
– Ikan kaya dengan Omega-3 iaitu sejenis asid lemak. Selain itu, ikan juga membantu dalam fungsi otak,merendahkan kolestrol dan membantu peredaran darah dalam badan. Ikan juga merupakan sumber Vitamin B yang baik untuk kesihatan.

SOS TOMATO
– Lelaki yang banyak memakan tomato atau sos tomato berkemungkinan akan memberi perlindungan kepada mereka daripada kanser prostat [kanser prostat adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung yang banyak meragut nyawa lelaki. Ia terletak di bahagian atas pundi kencing]. Hasil kajian daripada 47,000 orang lelaki, mereka menjumpai bahawa lelaki yang memakan tomato sebanyak 2 ke 4 kali dalam seminggu, risiko menghidapi kanser prostat adalah 35 peratus lebih rendah berbanding lelaki yang tidak memakannya.

TIRAM
- Hanya 2 atau 3 tiram mampu untuk membekalkan zinc yang secukupnya untuk sehari, [zinc adalah mineral penting untuk penghasilan sperma bagi lelaki]. Anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya dengan lebih kerana ia akan mendatangkan risiko. Dalam satu kajian, 22 lelaki dengan kadar testosteron rendah dan jumlah sperma yang sedikit diberi zinc setiap hari selama 45 hingga 50 hari. Hasil daripada kajian tersebut menunjukkan kadar testosteron dan jumlah sperma meningkat.

BROKOLI
– Hasil daripada kajian di Harvard baru-baru ini mendapati bahawa sayur-sayuran seperti brokoli, dapat melindungi terhadap kanser pundi kencing. Ia mempengaruhi dua hingga tiga kali lebih kepada lelaki berbanding wanita. Para saintis menganalisis diet hampir 50.000 lelaki dan mendapati bahawa mereka yang makan lima hidangan atau lebih pada setiap minggu berkemungkinan dapat mengelakkan kanser pundi kencing selama sepuluh tahun berbanding yang tidak memakannya. Brokoli dan kubis dipilih sebagai makanan yang paling protektif.

PEANUT BUTTER
- Penyakit jantung adalah pembunuh utama bagi lelaki dan wanita, tetapi lelaki menjadi korban pada usia yang lebih awal. Kandungan lemak pada kacang adalah tinggi sedikit tetapi ianya baik untuk anda.

TEMBIKAI
- Sehingga usia 55 tahun, lelaki lebih banyak menderita penyakit darah tinggi berbanding wanita. Kajian menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan potassium boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan stroke. Tembikai kaya dengan sumber mineral ini, ia mengandungi lebih potassium. Jumlah potassium dalam suatu hirisan besar tembikai adalah bersamaan dengan sebiji pisang atau secawan jus oren.

BIJI BUNGA MATAHARI atau KUACI
– Biji bunga matahari mengandungi vitamin B1 yang tinggi. Vitamin B1 ini membantu untuk meningkatkan stamina lelaki untuk beraksi.

KEKACANG
– Kekacang yang disyorkan adalah badam kerana mempunyai asid lemak yang penting. Selain kaya dengan vitamin pemberi tenaga [B3] ia juga menggalakan pengeluaran hormon lelaki yang penting dalam mengawal nafsu seks.

BUAH OREN
– Kebanyakan kita tahu, buah oren mempunyai vitamin C yang tinggi dimana baik untuk sistem imunisasi badan. Seterusnya membantu melancarkan peredaran darah untuk memberi kepada lelaki ereksi yang lebih lama.

DAUN SADERI
– Daun saderi baik untuk stimulasi seksual kerana ia mengandungi hormon ‘androsterone’. Hormon inilah yang dikeluarkan oleh lelaki ketika berpeluh yang dikatakan mampu merangsang naluri seksual wanita.

BIJI LABU
– Biji labu mengandungi elemen zink dimana penting dalam pengeluarkan hormon testosteron untuk lelaki. Biji labu juga kaya dengan Omega-3.

PISANG
– Pisang adalah makanan pemberi tenaga. Sebab itu kalau anda tengok selalunya pemain bola atau ragbi akan dibekalkan dengan pisang. Pisang mengandungi enzim bromelain yang meningkatkan libido lelaki. Juga kaya dengan Vitamin B [iboflavin dan potasium] yang penting untuk pengeluaran hormon testosteron dan tambah tenaga.

AVOKADO
– Avokado mengandungi tahap asid folik yang tinggi dimana membantu memproses protein secara metabolisme kemudiannya menjadikan anda lebih bertenaga. Avokado juga mengandungi vitamin B6 dan potasium yang dapat meningkatkan pengeluaran hormon lelaki.

ASPARAGUS
– Mengandungi vitamin E yang tinggi.Ia dipercayai sebagai vitamin yang khusus untuk seks. Dikatakan juga boleh melihat kesannya jika makan asparagus selama tiga hari berturut-turut.

Hai-O Nurich Lacto-Lite

Probiotik bantu cegah penyakit


Kandungan LACTOLITE:
- Inulin
- Serbuk yogurt dengan kultur hidup [probiotik]
- Serbuk konjak
- Oligo fruktosa
- Maltodekstrin
- Serbuk vanila dan silikon dioksida dan kondisionaer makanan [agen antipengerakan] yang dibenarkan

Bagaimana LACTOLITE membantu anda:
- Menyingkirkan toksin badan
- Menggalakkan metabolism
- Mengurangkan beban badan
- Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik
- Membantu dalam penghadaman
- Membantu melegakan sembelit
- Membantu sintesis vitamin

Cara Pengambilan:
Campurkan 1 bungkus Nurich Lacto-Lite ke dalam 200ml air bersuhu bilik, jus buah-buahan atau minuman lain, sebungkus setiap pagi dan malam.

PREMIUM BEAUTIFUL Short Bra


Ciri2 Produk

1. Mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik yang dapat menampung payudara agar tidak jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan yang betul.

2. Diperbuat daripada fabrik sebatian air dan ber 'FIR', ia dapat melindungi badan dari sinaran UV serta menggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisma di samping meningkatkan keanjalan payudara dan menggalakkan pertumbuhan payudara.

3. Mempunyai rawan keluli yang berfungsi untuk mengukuhkan kedudukan payudara.

4. Reka bentuk yang berkuasa mampatan dan tegangan di bahagian belakang dapat mengurangkan lemak di bahagian belakang badan.

5. Mempunyai kuasa penyerapan yang baik, telap udara dan sesuai untuk pemakaian seharian.

6. Pad dada yang diraka khas untuk membentuk payudara yang lebih mempesona.

Untuk lebih confident dan mendapat payudara yang mempesona, bertukarlah kepada PREMIUM BEAUTIFUL SHORT BRA...

Wednesday, August 15, 2012

Disyorkan PREMIUM BEAUTIFUL


Sangat disyorkan pemaakaian PREMIUM BEAUTIFUL Corset kerana byk manfaat...

1. KESIHATAN
- FIR yg ada pd PB boleh membantu utk mencegah kanser payudara dan serviks serta penyakit kritikal.

2. KECANTIKAN
- Serta merta reshape kontur body. Selepas 10 minit breast terletak, pinggang ramping dan punggung mantap.

3. KESELAMATAN
- Perlu pakai pakaian dalam boleh cegah kes rogol sbb rekabentuk PB utk melindungi wanita dari ancaman bahaya... dgn kata lain lbh selamat.

4. KEBAHAGIAN
- Satu bonus utk org yg dah berumahtangga... Isteri pakai, cantik jelita tp suami dapat 'merasa'.

5. KEYAKINAN
- Sihat dalam, cantik luaran, penampilan menawan, kebahagian berpanjangan rahsia wanita lebih berkeyakinan.

TESTIMONI PREMIUM BEAUTIFUL boleh juga membantu:
- migrain, tiroid, keputihan, buasir, asma, masalah zuriat, senggugut, cyst dan fibroid...

Monday, August 13, 2012

Jalan2 Cari Pasal - CAMERON HIGHLANDS

Br berkesempatan nk upload gambar! Busy kekdahnya...

Strawberry dh tk bper ada buah! Maybe sbb dh smpi ke penghujungnya...


Epal pn dh kecut2! Hehehe...

HB n Airyll yg musyuk! Hehehe...

With my sis, Piyose! Masing2 kelek 'handbag'...


Airyll n Aleesya Zahra...

Senget2 Airyll duduk! Hehehe...

Apa la yg direnungkn tu?!


 
 Suka2 ati je Airyll petik buah tomato tu! Nasib baik staf MARDI tk nmpk!



Muka Mak trlindung la plk! Hehehe...
Selamat Tinggal PUNCAK ARABELLA! Selamat Tinggal CAMERON! Lain kali Ayel datang lagi...

GARAM BULUH


Garam merupakan bahan yang diperlukan dalam kehidupan seharian, jadi memilih dan mengambil garam yang terbaik adalah sangat penting. Kesihatan sekeluarga adalah tanggungjawab kita!

Akan tetapi, garam buatan zaman moden mengandungi 99% natrium klorida [NaCl] dan bersifat asid. Ia mengalami kehilangan elemen mikro dalam proses pengilangan dan mengandungi aditif.

Dr. Numada Isgimu, Pengerusi Composite Medical Association, Jepun menyatakan NaCl adalah punca utama penyakit tekanan darah tinggi.

Oleh itu, adalah amat bahaya jika garam buatan digunakan dengan banyak.

Garam Buluh Premier Cooking Salt Powder adalah 100% diperoleh daripada sumber semulajadi. Ia bersifat alkali [pH 10.5-11.0] dan mengandungi 70 - 80 bahan mineral dan elemen mikro. Garam Buluh Premier Cooking Salt Powder:
- Kaya dengan bahan-bahan mineral dan elemen mikro iaitu magnesium, kalsium dan kalium yang membantu mengekalkan keseimbangan ion badan.
- Garam bersifat alkali dan dapat menyeimbangkan pH badan supaya cenderung kepada beralkali lemah.
- Mengekalkan keseimbangan nutrien badan dan mempertingkatkan kadar metabolisme.

Cara penggunaan:
Garam Buluh Premier Cooking Salt Powder sesuai digunakan sebagai bahan perasa dalam masakan untuk menambah rasa sedap sayuran, lauk pauk dan sebagainya...

Sunday, August 12, 2012

Akademi Taipan Malaysia... Janji Ditepati!

Akademi Taipan Malaysia...
Janji Ditepati! Setiap 10 haribulan bonus akan masuk!

Bonus JULAI 2012



Teruja melihat?!
Terbakar melihat?!
Jika mereka boleh, kita juga boleh!
Jika mereka dapat, kita juga boleh dapat!
Mungkin bulan depan, kita juga boleh seperti mereka!
Mahu bonus seperti mereka?! Do PM or call me now 0193420302...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...