Thursday, March 28, 2013

JURUTERBANG TERMUDA NEGARA BAKAL CIPTA REKOD DUNIA

... sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi [LIMA], Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan 'Jalur Gemilang' kepada Kapten James Anthony Tan, yang...
pada usia 21 tahun mencuba menjadi juruterbang termuda melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia.




Menggunakan pesawat N81MG Cessna, perjalanan beliau selama 50 hari akan meliputi jarak 22,000 batu nautika [41,000km] dengan singgah di 31 destinasi...

Monday, March 25, 2013

KENANGAN RAMBUT AIRYLL YG 'TINTING'...

... tiba2 rasa rindu kt rambut budak Airyll yg kerinting ni! Sejak aku n HB potong rambut kerinting dia ni dlu... terus tumbuh rambut yg lurus. Rasa menyesal pn ada... tp nk buat mcm mna kn?! Redha je la nengok gambar2 lama dia...


 
Sekali air sungai melimpah... sekali pasirnya pn berubah! Sekali rambut 'tinting' Ayel berubah... sekali warna kulit 'tinted'nya yg manis tk pn berubah! Hehehe...
Muahsss... Muahsss... Muahsss...

Wednesday, March 13, 2013

Jalan2 Cari Pasal - GENTING HIGHLANDS


Jalan2 ke Genting Highlands ni sbnrnya memang seronok walaupun tak main... samada indoor games ataupun outdoor games. Sekadar berjalan2 pun dah cukup puas hati sebab banyak tempat yang menarik yang sesuai untuk 'snap' gambar. Boleh 'release tension' gitu! Hehehe...



Naik cable car pun sebenarnya dah cukup memuaskan hati! Tengok budak Airyl tu... bukan main excited dia!
Apapun untuk menikmati keseronokan pengalaman ke Genting dengan lebih sempurna, pergi lah waktu hari bekerja. Ianya bagi mengelakkan terpaksa beratur panjang sewaktu menaiki cable car...

 
 

Menikmati keindahan udara sejuk yg menyamankan serta kabus dingin di hadapan First World Hotel Genting Highlands... mmg tak dapat digambarkan.



 
Naik bot kt 'Dinasour Park'. Kesian budak Airyl ni takut dinasour rupanya...
 


My BELOVED HB bersama si kecil Airyl yg nakal!
Nampak tk kabus yg tebal tu?! Kesian HB terlupa nk bawa 'sweater'... sepanjang hari dia kesejukan! Airyl punya pasal la tu! Hehehe...

Bye2 Genting Highlands! Jumpa lagi di lain kali...

Monday, March 11, 2013

TESTIMONI BIO VELOCITY Sleep Mate


■ Puan Jamilah hilang daya ingatan akibat tekanan perasaan hebat selepas kematian suami 3 tahun lalu. Syukur, Alhamdulillah kini beliau pulih sepenuhnya. Pemulihan secara semulajadi tanpa suntikan ubat2an n dadah... hanya dengan BIO VELOCTY Sleep Mate!

Tahukah anda BIO VELOCTY Sleep Mate ini adalah anti bacteria, high quality n anti GARAVITI?!
Tahukah apa makna anti graviti?! Di Malaysia graviti lebih tinggi berbanding di Mekah. Bila kita berada di sana kita rasa lebih tenang dan tak rasa tekanan berbanding di Malaysia. So kesimpulannya kalau tidur atau bersandar BIO VELOCTY Sleep Mate kita akan rasa lebih tenang dan kurang tekanan...


■ Nama: Nur Adelia Qysara Bte Wan Azlan
Masalah: Otot Mata Lemah [Saraf Mata]

Adik NurAdelia mengalami masalah pada otot mata [ptosis] kanan sejak lahir. Masalah ini menyebabkan mata sebelah kanan beliau kelihatan sepet. Doktor tidak dapat mencadangkan apa2 rawatan sehingga beliau dewasa [bedah].
Dengan terapi Bio Velocity Sleep Mate, otot matanya menjadi kuat dan mata terbuka seperti bayi normal selepas menggunakannya pada hari ke 2.


■ Nama: Rosnah Binti Haji Mohd Saad
Pekerjaan: Surirumah
Penyakit: Strok

Puan Rosnah ditahan di Wad ICU selama 1 bulan kerana diserang strok.
Kaki kanannya tidak boleh bergerak dan terpaksa menggunakan sokongan kaki. Dengan terapi BVSM beliau kini mampu berdiri dan berjalan tanpa alat bantuan. Penglihatan beliau juga semakin baik dan tidak lagi menggunakan cermin mata yang telah beliau gunakan selama 33 tahun yang lalu.


■ Nama: Sarjan Tarmizi
Pekerjaan: Polis
Penyakit: Lumpuh

Sarjan Tarmizi mengalami lumpuh dari paras pinggang hingga ke bawah setelah mengalami kemalangan.
Beliau telah disahkan oleh doktor sebagai orang ketidakupayaan kekal [OKU]. Beliau kini mampu berjalan kembali setelah menggunakan terapi Bio Velocity Sleep Mate pada hari ke 25.


■ Nama: Puan Rima
Pekerjaan: Polis
Masalah: Migrain [kritikal]

Ruan Rima mengalami migrain serius sejak 11 tahun lepas.
Beliau selalu menghantukkan kepalanya ke dinding utk menghilangkan kesakitan. Dengan terapi Bio Velocity Sleep Mate, beliau pulih dalam masa 5 hari. Sehingga kini, beliau tidak mengalami sakit migrain lagi.


■ Nama: Puan Siti Hazirawati bte Tity
Pekerjaan: Pakar Runding Kecantikan
Masalah: Demam Panas

Ruan Hazirawati mengalami demam panas dan bisul dibelakang badan membengkak. 
Selepas menggunakan Bio Velocity Sleep Mate, suhu badan akibat demam panas menurun dgn cepat n bengkak bisul beransur2 surut dlm masa 2 hari...

SAIZ
- Tilam saiz Queen

HARGA
- WM: RM4,288.00 EM: RM1,498.00 

Friday, March 8, 2013

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2013


Tarikh 8 Mac merupakan hari yang istimewa untuk kaum wanita seluruh dunia kerana pada tarikh ini mereka akan diraikan dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa [International Woman’s Day].

Mungkin ramai yang tidak tahu kenapa sambutan Hari Wanita ini diraikan di peringkat Antarabangsa kan?! Sambutan ini adalah sebagai simbolik kepada kejayaan wanita seluruh dunia yang perjuang untuk mendapatkan persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan seharian mereka.

Perkara ini bermula pada 8 Mac 1857, iaitu 143 tahun yang lalu apabila satu mogok besar2an telah dilakukan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengeksploitasi dengan bayaran gaji yang rendah dan tempoh bekerja yang lama serta keadaan tempat kerja yang tidak selesa.

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah hatinya, tempat dimana cinta itu ada!"

Selalunya, di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang wanita di belakangnya. Punyalah besar erti hadirnya seorang wanita dalam kejayaan seorang lelaki itu. Keindahan dan kecantikan seseorang wanita itu terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya. Kebijaksanaan wanita pula terletak pada hatinya.

So, di kesempatan ini, aku ingin ucapkan SELAMAT HARI WANITA kepada semua wanita di seluruh dunia terutamanya IBU aku... adik2 perempuan aku n rakan2 seperjuangan semua!

Raikan hari anda dengan senyuman n penuh kasih sayang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...