Ramai
antara kita yang muda muda lagi sudah lupa perkara perkara yang penting
mahupun yang kurang penting, tetapi apakah punca sebenarnya kita menjadi
seorang yang pelupa?!
PUNCA-PUNCA KENAPA KITA MENJADI PELUPA
1. Rehat Yang Kurang Otak akan sihat jika kita dapat tidur yang mencukupi. Hasil kajian
mengatakan seseorang yang tidur 6 jam sehari mungkin merasa cukup tidur
tetapi bila dijalankan ujian memori mereka sukar untuk mengingat.
Oleh itu, pertajam daya ingatan dengan rehat yang cukup. Amalkan tidur
selama 6 minit jika berasa terlalu letih. Cara ini boleh memacu daya
ingatan anda.
2. Berdengkur
Berdengkur adalah disebabkan pernafasan terganggu ketika tidur.
Disebabkan itu, oksigen sukar untuk sampai ke otak selama beberapa saat.
Ini dapat menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’ sekaligus akan
melemahkan daya ingatan.
Kajian mengatakan majoriti yang berdengkur adalah lelaki. Faktor lain
penyebab berdengkur adalah kenaikan berat badan dan berusia lebih dari
40 tahun.
Dapatkan nasihat doktor untuk megelakkan anda dari berdengkur untuk meningkatkan kembali daya ingatan anda.
3. Umur Lebih Dari 65 Tahun
Pada usia ini, badan akan mengalami kesukaran untuk menyerap vitamin
B12 dari makanan. Kekurangan vitamin ini dapat melumpuhkan daya ingatan
seseorang [alzheimer]. Oleh itu, bagi yang usianya telah mencapai 65
tahun cari cara untuk meningkatkan kadar vitamin B12 ini seperti
mengambil suplemen.
4. Depression [Kemurungan]
Sel-sel otak seseorang yang mengalami depression ini mungkin akan
terganggu. Malah jika depression yang di alami serius ia akan membunuh
sel-sel otak sehingga melumpuhkan daya ingatan.
5. Mangambil Pil Tidur dan Pil Alergi
Ubat ini adalah untuk mengatasi masalah alergi dan tidur terganggu.
Ubat ini juga boleh menyebabkan fungsi otak terganggu. Jadi, sebelum
mengambil ubat ini anda haruslah mendapat nasihat dari doktor supaya
daya ingatan tidak turut terganggu.
Selain itu, pengambilan ubat-ubatan yang terlampau banyak juga akan
menyebabkan anda berisiko untuk mengalami gangguan daya ingatan.
6. Kadar Gula Dalam Darah Tinggi
Kadar gula yang tinggi dalam darah menyebabkan penyimpanan memori
terganggu. Anda dapat mengawal penyakit ini dengan selalu melakukan
ujian darah untuk mengetahui kandungan gula dalam darah. Selain itu
rajinlah anda bersenaman. Cegah lebih bagus dari berubat.
7. Penurunan Metabolisme
Anda mungkin mengalami masalah tiroid jika metabolisme badan anda
menurun. Hormon tiroid ini mengawal metabolisme tubuh. Produksinya yang
terlampau lebih ataupun kurang menyebabkan sel-sel otak terganggu
sekaligus memperlahankan informasi yang hendak disampaikan kepada otak.
KOTA BHARU - Hanya kerana sekeping
gambar, namanya kini sebaris juru foto antarabangsa lain selepas
dinobatkan sebagai pemenang ketiga Anugerah Fotografi Antarabangsa
Hamdan [HIPA], Dubai baru-baru ini.
Muhamad Saleh Dollah, 40,
tidak pernah menyangka percubaan pertamanya menghantar gambar untuk
menyertai pertandingan itu tahun lalu berhasil apabila idea dan
kreativiti yang diaplikasikan berjaya menyaingi peserta dari seluruh
pelosok dunia.
"Mungkin ini rezeki saya, tidak ada persiapan dilakukan hanya hantar
gambar sedia ada yang diambil dua tahun lalu dengan ambil kira tema
ditetapkan iaitu ‘mencipta masa depan.’ Malah, proses penghantaran
gambar dibuat melalui laman web anugerah itu juga dilakukan saat akhir,
kira-kira enam jam sebelum penyertaan ditutup.” katanya kepada Sinar
Harian, semalam.
Muhamad Saleh yang lebih dikenali sebagai Abe
Less Classictouch Full berkata, beliau merupakan peserta pertama dari
Malaysia yang menyertai anugerah itu sejak diperkenalkan pada 2011.
Mempertaruhkan
gambar warga emas sedang mencari cucunya yang hilang di Pantai Mek Mas,
Pantai Cinta Berahi, Kelantan dengan bertemankan pelita, Muhamad Saleh tidak menyangka ia mampu
menarik perhatian juri sehingga melayakkan beliau menangi sebuah trofi
dan wang tunai USD6,000.00 [RM20,000.00].
Balik
dari Ampang Superbowl Kajang sempat kami 'Jalan2 Cari Makan' kt Sungai
Ramal Food Junction, Kajang. Macam2 ada kt situ.. Sate Willy, Mee Udang
Kuala Sepetang, Burger Bakar Abang Burn n macam2 lagi.. tp sbb dh agak
malam so tkde la nk amik gambar sangat. Kena pakai 'flash' nnti orang
marah! Hehehe..
HAPPY BIRTHDAY to My BELOVED HUSBAND! U have made everyday of my life a beautiful
journey. On your birthday I want U to know that U will always be very
special to me!
Mommy belikan 'Abah' set bowling je untuk taun ni.. tp set 'Abah' ni mahal sikit dari Mommy punya tau! Hehehe..
..
n yg ni redeem untuk diri sendiri. REDLINE. Nk jugak tu! Hahaha.. So
lepas ni bole la tiap2 minggu kita mem'bowling' kannn..
Berapa kerap anak anda minta dipeluk?! Ketika sedih, dia mahu dipeluk.
Ketika hendak berpisah dengan anda, dia juga mahu dipeluk. Pelukan juga
mampu untuk menghentikannya dari mengamuk. Dengan pelukan, anak boleh
merasakan cinta anda..
Anda sudah membuktikan kebaikan pelukan kepada bayi baru lahir. Ketika
bayi menangis, tangisannya beransur reda apabila ibu atau bapa memeluk
dan menepuk perlahan tubuhnya. Jadi, berapa kali anda memeluk anak hari
ini?!
PELUKAN UBAT MUJARAB
Mengurangkan depresi dan meningkatkan kekebalan tubuh. Pelukan juga
boleh memberi tenaga baru pada tubuh yang kepenatan menjadi segar dan
merasa muda. Pelukan yang dilakukan di rumah secara rutin akan
memperkukuhkan kasih sayang.
Jumlah hemoglobin atau sel darah merah dalam darah akan meningkat
ketika seseorang disentuh. Hemoglobin adalah darah yang mengangkut
oksigen ke seluruh tubuh termasuk ke jantung dan otak. Peningkatan
jumlah hemoglobin boleh mencegah dan menyembuhkan penyakit.
Peluklah anak sebelum ke tempat kerja. Ini akan membuatkan ibu bapa
fokus pada pekerjaan, berasa bahagia dan menjadi produktif.
MANFAAT PELUKAN UNTUK ANAK
Merangsang perkembangan sel otak
Mengurangkan stress
Merangsang rasa mengantuk
Membangun konsep diri yang positif
Mengurangkan emosi negatif seperti kesepian, cemas dan kekecewaan
geunyang itneun ti naegineun silheo oneureun na jom hallae nacheoreom jjwag ppae ibgo
oneureun dallyeo geurae sasireun oneul na jom ppae ibeotda sinbalkkeun
laaa lalalala lalala lala lala lalala
laaa lalalala lalala lala lala lalala
aha that's right
here we go
let's dance time
everybody sing a song
laaa lalalala lalala lala lala lalala
laaa lalalala lalala lala lala lalala
laaa lalalala lalala lala lala lalala
laaa lalalala lalala lala lala lalala
BIOGRAPHY
A
South Korean pop star, Rain [real name: Jung Ji-hoon, born June 25,
1982 in Seoul - in Korea known as the romanized Bi, and in Japan as Pi]
started his career as a backup dancer with JYP Entertainment before
recording his own work and hitting the top of many Asian charts.
Rain
stepped out of the backup shadows in 2002 with his debut album, Bad Guy.
The album was a hit and Rain then moved his talents to the world of
television drama, starring in the series Sang Doo! Let's Go to School.
His return to music, marked by the release of How to Avoid the Sun in
2003 was well received and his hit third album, It's Raining was a
mammoth success in 2004 - 2005.
Hitting the top of the charts in countries
all over Asia [e.g. Japan, China, Taiwan, and South Korea], It's
Raining would sell more than a million copies. He went on to win a
number of MTV Asia awards, and also toured Korea and Japan. In 2006 Rain
played to sold-out shows in Las Vegas and in October of that year he
released album number four, Rain's World. A Japanese album, Eternal
Rain was released in 2006 and managed to crack the Top 20 in that
country.
Laporan Insiden Kemalangan Pelajar Di SK. Secreat Heart, Kota Kinabalu.
SABAH,
Kota Kinabalu, bertarikh 21hb, April 2014, kira kira jam 12.50
tengahari telah berlaku suatu insiden kemalangan melibatkan pelajar
lelaki tahun 4 di SK Secred Heart. Pelajar yang terlibat berlari
mengejar bas yang beliau naiki di luar kawasan dan terpijak besi penutup
parit yang terlepas daripada rangka asalnya lalu tertusuk ke dalam
mulut menembusi ke liar bahagian pipinya.
Pelajar tersebut telah di bawa oleh seorang ibu bapa yang kebetulan menunggu anaknya pulang sekolah di kawasan yang sama.Pihak sekolah
telah memanggil bomba dan ambulan untuk membantu pelajar ini. Perjalnan
ke hospital diiringi oleh bomba dan polis yang hadir.
Pengarah
Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip telah hadir sendiri ke lokasi
kejadian untuk melihat sendiri dan memahami bagaimana insiden tersebut
berlaku. Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu juga turut hadir.
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu telah membuat lawatan ke
hospital melihat keadaan pelajar tersebut dan berjumpa dengan ibu bapa
pelajar berkenaan yg kebetulan berada di hospital.
Keadaan pelajar stabil dan akan dimasukkan ke hospital Likas. Pihak sekolah telah dimintakan oleh Pengarah
Pendidikan Negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya tentang aspek
keselamatan pelajar sepanjang masa.Laporan lengkap dan gambar kejadian
sedang diminta dari pihak sekolah.
KAMIL cedera parah selepas terkena balingan bola besi di padang sekolah.
Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah,
di sini, cedera parah di kepala apabila terkena bola besi yang
dilontarkan rakannya ketika menjalani sesi pemanas badan acara sukan
lontar peluru di padang sekolah berkenaan, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang, mangsa, Kamil Sidqie
Salim, 17, sedang mengutip bola besi yang dilontar rakannya sebelum
secara tiba-tiba sebiji bola seberat empat kilogram yang dibaling
seorang lagi rakannya menimpa kepalanya.
Difahamkan, mangsa terus rebah dan mulutnya mengeluarkan lendir
bercampur darah sebaik terkena lontaran bola besi itu selain terdapat
kesan lekukan di bahagian kiri kepalanya.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail [HSI]
Pandan di sini, untuk rawatan kecemasan sebelum dipindahkan ke Unit
Neuro Hospital Sultanah Aminah [HSA] di sini, untuk rawatan lanjut.
Hasil ujian x- ray, tengkorak tempat mangsa terkena bola besi itu dikatakan mengalami keretakan.
Sabda Rasulullah S.A.W ketika menggali parit dalam peperangan
Khandaq, ".. Konstantinopel [kini Istanbul] akan jatuh ke tangan tentera
Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik
tentera.." [Hadis Riwayat Imam Ahmad]
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan
penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau
bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di
antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman
Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah,
seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan
dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya
sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka
beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda
sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka
membebaskan Konstantinopel." Begitulah teguhnya iman seorang sahabat
besar Nabi S.A.W.
Hadis Nabi S.A.W ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh
Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 200,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan
tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik
tentera" dalam hadis tersebut?
BIODATA RINGKAS
Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi
di Adrianapolis [sempadan Turki – Bulgaria]. Walau bagaimanapun, sejarah
hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum
kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh
kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.
Baginda menaiki
takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun [1451 –
1481]. Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera
agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3
Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda
mangkat diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu dalam
bidang keagamaan. Gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan
daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Dalam ilmu
peperangan pula, baginda diajar tentang taktik peperangan, memanah dan
menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Dalam bidang
akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang
fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,
Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Dalam bidang ilmu pemerintahan pula,
ayahandanya Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik semasa pergi
bersuluk ke Pulau Magnesia telah melantik baginda yang baru berusia 12
tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini baginda telah
matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawaduk. Semasa membina Benteng Rumeli
Hissari, baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir
hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja.
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan
kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamadan
selalu berbincang dengan mereka mengenai permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN KONSTANTINOPEL
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota
Kostantinopel setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya.
Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu
serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang
strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina
peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom
seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing
sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana
Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan
Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh
Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal
yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak
Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Konstantinopel apabila
diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulama dan pakar
motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik
sahaja menghampiri dinding kubu Kota Konstantinopel, baginda
mengarahkan dilaungkan azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine
gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin
mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS KONSTANTINOPEL
Setelah segala persiapan lengkap diatur, baginda menghantar utusan
kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan Raaja Bizantin
menyerah mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453,
serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari.
Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
MENARA BERGERAK
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih
tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera.
Tentera Byzantine berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya
menembusi dinding tengah kubu mereka.
BANTUAN DARI POPE VANTICAN
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan
senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai
besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyyah. Ini menaikkan semula
semangat tentera Byzantine.
MELANCARKAN KAPAL PERANG DARI PUNCAK GUNUNG
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan
dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyyah di perairan Teluk
Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut
kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan
Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai antara taktik peperangan [warfare strategy]
yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu
kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantine habis terbakar dek bedilan meriam
Uthmaniyyah. Pertahanan Byzantine menjadi semakin lemah. Baginda
mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada
tenteranya serta mengingatkan mereka kepada hadis Rasulullah S.A.W dan
bersama-sama berdoa kepada Allah S.W.T..
MEMANJAT DAN MELASTIK DINDING KOTA
Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu
dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan
sengit pihak Byzantine menyebabkan ramai yang syahid. Baginda
memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga
tengah hari.
KARISMA SEORANG PEMIMPIN
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah
menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada
saat yang genting ini baginda berucap menaikkan semangat tenteranya,
"Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang
mahu syahid ikutlah aku!"
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera baginda mengetuai
sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu
musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur
syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam
menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantine sambil
melaungkan kalimah Allahu Akbar.
PENAWANAN KONSTANTINOPEL
Pada 29 Mei 1453, Kota Konstantinopel jatuh ke tangan Islam. Baginda
menukar namanya kepada Islambol [Islam keseluruhan] . Gereja Besar St.
Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya
melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak
peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al-Fateh" iaitu yang bermaksud
"pembuka" atau "penakluk" lantaran kejayaannya membebaskan
Konstantinopel.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa
yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya
termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak
baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali,
sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di
antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga
kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian
daripada tenteranya duduk.
Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh
hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu
malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad
Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat
sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja
yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadisnya itu.
Dinihari kita cukup ketandusan pemimpin yang berjiwa rakyat serta
berkarisma seperti Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mengembalikan
ketamadunan dan kegemilanagan ISLAM ini kembali. Ayuh, kita mulakan
langkah menakluk diri seperti mana Sultan Muhammad Al-Fateh telah
berusaha menakluk kota hebat Konstantinopel.
Filem 'FETIH 1453' ditayangkan secara rasmi di TURKI pada 17 FEBRUARI 2012..
Abang sulung mangsa, Muhammad Azri Aniq tidak dapat menahan sebak ditenteramkan ibunya, Zamani.
Musliza menenangkan abang kedua mangsa, Muhammad Azri Afiq yang amat sedih kehilangan adik bongsunya.
Musliza menunjukkan barangan mangsa.
SKUDAI – Kegembiraan enam murid yang pulang dari tadika bertukar tragedi
apabila van yang dinaiki menggelongsor lalu terjunam ke dalam loji
kumbahan di Taman Universiti, di sini, semalam.
Mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian jam 11.30 pagi itu adalah Muhammad Azri Aqif Azhar, 4.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Khamsani
Abdul Rahman berkata, tragedi menyayat hati itu melibatkan mangsa
bersama lima yang lain iaitu Nur Aima Abd Razak, 5; Muhammad Hadif
Syauqi Samsol Akamal, 5; Daniel Asyraf Abdullah, 5; Danial Aiman Hakimi
Md Gefri, 6 dan Sakinah Roslan, 4.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati pemandu van iaitu seorang
wanita berusia 44 tahun berada di luar kenderaan dan sedang menjemput
kanak-kanak tadika lain memasuki kenderaan tersebut untuk dibawa pulang.
Pada masa itu, pemandu berada di luar dan terdapat enam kanak-kanak
berada dalam van sekolah tersebut yang tiba-tiba menggelongsor lalu
melanggar pagar kawasan kolam kumbahan sebelum kenderaan itu terjunam ke
dalamnya.
"Semasa kejadian enjin van sekolah itu dimatikan dan brek tangan juga dinaikkan." katanya semalam.
Mohd Khamsani berkata, pemandu berkenaan sudah bekerja selama lima tahun kini ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.
Beliau berkata mangsa, Muhammad Azri Aqif Azhar dikejarkan ke Hospital
Kulaijaya bagi mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia
semasa dalam perjalanan.
Katanya, hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa adalah akibat lemas.
Manakala seorang rakan mangsa berada dalam keadaan kritikal dan empat
lagi yang kesemuanya berusia lima tahun dikejarkan ke Hospital Sultanah
Aminah [HSA] untuk mendapat rawatan lanjut.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
KAMI REDHA, PASRAH
Suasana sedih menyelubungi kediaman keluarga mangsa dan ia bertambah
pilu dengan teriakkan abang kepada Muhammad Azri Aqif yang tidak dapat
menahan kesedihan apabila kehilangan adik dan rakan sepermainan.
Aqif merupakan anak bongsu dari tiga beradik lelaki iaitu Muhammad Azri Aniq, 9, dan Muhammad Azri Afiq, 6.
Bapa mangsa, Azhar Yusoff, 43, berkata, dia dimaklumkan kejadian sedih
berkenaan oleh isterinya, Zamani Abdullah, 37, kira-kira 11.40 pagi.
Dia yang juga seorang penyelia stor bagaimanapun redha dengan ketentuan
Ilahi meskipun bersedih atas kehilangan anak bongsunya itu.
“Sedih memang sedih, namun saya pasrah sudah ajalnya. Saya cuma tidak sempat menunaikan kehendak Aqif yang nak makan coklat
sebelum ke tadika pagi tadi [semalam]. Walaupun semalam [kelmarin] dia
dapat memakan coklat tetapi dia mahukan lagi hari ini [semalam].”
katanya.
Jenazah mangsa dibawa pulang ke kampung halaman ibunya di Kampung Gong
Pak Maseh, Kuala Terengganu, Terengganu untuk dikebumikan.
Sementara itu, bapa salah seorang mangsa yang kritikal, Abd Razak Abd
Latif, 35, tidak menyangka insiden berkenaan menimpa anak bongsunya, Nur
Aima, 6.
“Pagi tadi [semalam] saya hantar anak ke tadika seperti biasa sekitar jam 7 pagi sebelum ke tempat kerja. Saya mendapat tahu tentang perkara ini melalui isteri saya, Hartini Alios yang menerima panggilan daripada pihak tadika."
"Saya terkejut dengan apa yang berlaku kerana sejak menggunakan
perkhidmatan van sekolah, ini pertama kali kejadian seumpama ini
berlaku." katanya yang memberitahu Nur Aima dalam keadaan stabil
meskipun belum sedar diri lagi.
TIADA KELAKUAN PELIK
Guru kelas mangsa, Siti Nora Daim, 33 berkata, beliau berada dalam
tadika ketika kejadian berkenaan berlaku dan hanya mengetahuinya apabila
diberitahu seorang kakitangan.
"Saya amat terkejut dengan apa yang terjadi kerana kami baharu sahaja
selesai sesi pengajaran dan pembelajaran bersama murid-murid yang
terlibat."
"Sebagai guru kelas, saya turut sedih kerana saya rapat dengan semua
murid terbabit. Ketika dalam kelas, semua mereka tidak menunjukkan sikap
pelik kecuali Muhammad Azri Aqif yang lebih senyap dan tidak aktif
seperti biasa." katanya.
Sementara itu, antara insan terakhir yang ditemui mangsa adalah
pembantu tadika, Musliza Kasun, 35, yang dikatakan begitu akrab dengan
Aqif kerana keletah kanak-kanak itu yang gemar bergurau.
Musliza yang masih trauma akibat kejadian itu tergamam namun beliau
bersama beberapa individu lain cuba menahan van tersebut dari
menggelongsor namun gagal.
"Ketika itu, saya sedang membantu murid pulang dari sekolah dan pintu
van tersebut masih terbuka. Dengan tidak semena-mena, van berkenaan
menggelongsor ke dalam loji berdekatan. Kanak-kanak dalam van tersebut tidak menjerit mungkin kerana mereka
tergamam. Kami yang menyaksikan kejadian ada yang menjerit sambil cuba
menahan van dari terus mengundur.
Namun usaha itu tidak berjaya dan kejadian berlaku amat pantas.
Selepas van itu memasuki loji berkenaan, beberapa penduduk terjun cuba
menyelamatkan kesemua mangsa." katanya.
Beliau berkata, kebiasaan lebih 10 murid menaiki van tersebut bagaimanapun ramai yang tidak hadir ke kelas semalam.
Musliza berkata, pada sesi persekolahan sebelum itu, Aqif bersama rakan
sekelasnya diajar bermain kompang dan mangsa merupakan pelajar paling
bersemangat.
Sementara itu antara saksi kejadian, Mohamad Hanafi Jaafar, 46,
berkata, meskipun dirinya tidak pandai berenang, beliau nekad terjun ke
loji berkenaan sebaik melihat kejadian tersebut.
"Saya sedang dukung bayi sambil perhatikan budak-budak ini pulang dari
sekolah, Tiba-tiba van tersebut menggelongsor dan saya lihat salah
seorang penduduk terjun dan saya terus ikut.
Afiq merupakan mangsa terakhir yang diselamatkan selepas kira-kira tiga minit berada dalam air." katanya.
Walaupun demam n tak berdaya namun ku gagahkn jua! Dapat sudah..
Tajuk Buku: RASULULLAH is my DOCTOR oleh JERRY D. GRAY Harga: RM25.00
Buku ni mengajak kita agar mengikuti rawatan perubatan cara Rasulullah
S.A.W yang sebenarnya ternyata lebih berkesan andai kita benar-benar
mengamalkannya dan meyakininya.
Sesungguhnya 'thibbun nabawi' [pengubatan cara Nabi] adalah rawatan bagi
mengubat dan mencegah penyakit yang sudah terbukti keberkesanannya.
Rasulullah S.A.W juga berpesan dalam
hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari, "Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit kecuali Dia juga menurunkan ubatnya." Dalam surah As-Syu'arak ayat 80 menyatakan, ".. dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkan aku."
Antara Kandungan: Bahagian 1: Kedoktoran Rasulullah S.A.W
Bab 1: Menyedari dan Mempercayai
Bab 2: Doa, Ubat yang Diperlukan
Bab 3: Habbatussauda [Biji Jintan Hitam]
Bab 4: Bekam
Bahagian 2: Manfaat Ramuan Semulajadi
Bab 5: Tajamkan Pandangan Mata
Bab 6: Ramuan Dari Pasar
Bahagian 3: Ancaman Terhadap Kesihatan Manusia
Bab 7: Kakacauan Perubatan
Bab 8: Kebenaran Yang Menakutkan Mengenai Vaksin
Jika kita tak suka semut2 berada di dalam
rumah, kita jangan sembur Ridsect, Shieldtox atau bakar semut2 tu. Kita
tegur mereka dengan bagi salam ke atas Nabi Sulaiman A.S.. kerana semut2
ni adalah rakyat Nabi Sulaiman A.S.. semut2 ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah S.W.T sepanjang masa..
Pesan Nabi junjungan kita Rasullullah S.A.W dulu, kita ucaplah..
"Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman A.S.. Ini rumahku.. aku mahukan
kebersihan. Kamu adalah makhluk Allah S.W.T yg sentiasa berzikir
kepadaNya. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu,
kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu
selamat!"
Kisah semut ni pun ada di dalam Al-Quran. Cintailah Rasulullah S.A.W dengan mengamalkan segala sunnahnya..
Bahan2nya:
1 Cawan Nasi
2 Cawan Tepung Beras
1 Cawan Gula Putih
1 1/4 Cawan Air
1 Sudu Kecil Yis [Mauripan]
Sepeket Eno
Caranya:
Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan gula, tepung dan
yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat.
Perap lebih dari 3 atau 4 jam.
Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan [warnakan kalau suka] dan biar sebentar.
Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 - 20 minit dengan api kuat.
Boleh dimakan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.
Tabebuia Pentaphyllaberasal daripada Amerika Tengah dan benua
Amerika Selatan. Pokok ini sering ditanam sebagai tanaman pinggiran
jalan dan juga sebagai pokok hiasan taman.
Di Malaysia, Tabebuia Pentaphylla juga
dikenali sebagai pokok "Cherry Blossom" Pulau Pinang kerana bunganya
yang sangat lebat seolah-olah bunga sakura Jepun yang mekar pada musim
bunga. Tabebuia Pentaphylla yang biasa ditanam terdapat dalam
dua warna iaitu merah jambu dan putih. Nama spesies Pentaphylla dalam
bahasa Latin merujuk kepada lima jejari daunnya di mana Penta
bermaksud lima dan Phylla bermaksud daun.
Pokok ini juga dikenali
sebagai "Pokok Kertas Tisu" kerana ranggi bunganya yang nipis. Ia juga
dikenali sebagai pink poui, rosy trumpet tree dan pink tecoma. Di
negara-negara Amerika Selatan ia juga dikenali sebagai ipê rosa..
.. area Giant Bachang, Melaka.
.. Jalan Kuala Kedah.
.. Pendang Route.
.. Jalan Putra, Laksa Ikan Sekoq, Alor Setar.
Terdapat lebih 50 spesis Tabebuia yang dibezakan melalui warna dan bentuk bunganya. Pokok daripada spesis ini mengeluarkan bunga berwarna putih, kuning, perak, merah dan merah jambu. Ia ditanam di
kebanyakan negara tropika sebagai pokok hiasan dan membiak melalui biji
benih dan boleh dibiakkan melalui keratan batang atau ranting. Antaranya spesis yang terkenal adalah:
Tabebuia Pentaphylla - Pink
Tabebuia Rosea - Pink
Tabebuia Impetiginosa - Pink
Tabebuia Roseo-alba - White
Tabebuia Chrysantha - Yellow
Pokok yang juga diberi
gelaran Sakura ini memerlukan musim kering yang ketara sebelum
mengeluarkan bunganya yang lebat. Antara keistimewaan pokok ini ialah ia
mempunyai aktiviti seperti 'Anti Bakteria' dan 'Anti Malaria' selain sesuai
dijadikan halangan angin, pokok hiasan di jalan raya dan perumahan..
Walau bagaimanapun batangnya dikatakan beracun. Jika terkena boleh jadi radang kulit-kulit jadi warna merah, bengkak2 dan nekrosis.. boleh menyebabkan kerosakan paru2, sawan dan juga koma!
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
"Tidak akan terjadi kiamat sehingga MATAHARIterbit dari tempat terbenamnya, apabila ia telah terbit dari barat dan
semua manusia melihat hal itu maka semua mereka akan beriman dan itulah
waktu yang tidak ada gunanya iman seseorang yang belum pernah beriman
sebelum itu."
- [Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dan riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah]
NASA [Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika]Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat –
Kenyataan dari NASA berhubung Matahari keluar dari arah sebelah BARAT.
Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh
sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para
saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat [NASA] pula
mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.
NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke
arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan
terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai "Retrograde Motion."Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan
melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila
ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!
PERUBAHAN KUTUB BUMI [POLE SHIFT]
Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah
Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas
berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub
bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin
ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan
kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap
kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di
Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan
yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan
bagi kerja-kerja pengubahsuaian.
Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku
kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini
adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun
pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013.
Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!
Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia
akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah. Pada titik
ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada
kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu
yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam. Jika ini
berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada
tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami
banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan
khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi
Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak
tenggelam tapi membeku. Khatulistiwa pula berada di Antartika.
Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak
keseluruhan medan magnet bumi akan flip di mana kompas yang dahulunya
menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan.
Semasa pergerakan flip peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40
darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang
menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis.
Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia
Barat. Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air. Peta dunia akan
berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan
tenggelam terus. Begitu juga Australia barat.
Apabila berlaku flip pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah.
Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran
matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat
gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan sun spot. Manakala
flip juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi, letusan gunung
berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah
berlaku sedahsyat itu.
Pergerakan kutub memang sedang berlaku. Makin hari makin laju.
Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam
yang kerap berlaku.
MATAHARIterbit dari Barat akan
terjadi selama satu hari saja, kemudian tertutuplah pintu taubat.
Setelah itu, gerakan matahari pun akan kembali seperti sebelumnya terbit
dari timur sampai terjadinya kiamat.
Dari Ibn ‘Abbas..
Maka Ubai bin Ka’ab berkata: "Maka bagaimana jadinya
matahari dan manusia setelah itu?" Rasulullah S.A.W menjawab: "Matahari akan
tetap menyinarkan cahayanya dan akan terbit sebagaimana terbit
sebelumnya dan orang-orang akan menghadapi [tugas-tugas] dunia mereka..
apabila kuda seorang laki-laki melahirkan anaknya, maka ia tidak akan
dapat menunggang kuda tersebut sampai terjadinya kiamat!" - [Fathul Baari, Kitaburriqaq, Juz 11, Thulu’issyamsi Min Maghribiha].