Friday, January 8, 2016

PELANGI SELEPAS HUJAN!


Seringkali hati kecil mengadu sakit.. seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa.. kadangkala menewaskan semangat yang ada. 

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan. Lantas kita marah kepada Tuhan.. kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan.. di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

PERNAHKAN SEKALI KITA MEMAHAMI ALAM?!

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan..
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang..
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan..
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam..
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang..
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa..
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu.. 

Jawabnya SENANG..

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. 

Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah..

Thursday, January 7, 2016

JAMBU BERTIH a.k.a JAMBU KANCING LOCENG


.. sejenis jambu air yg dikenali juga dgn nama jambu bertih. Ada juga yang panggil jambu kancing loceng mungkin kerana ia mirip loceng atau di panggil juga water apple. Nama yang berbeza tapi buahnya sama sahaja. Rasanya sedikit masam tetapi sedap.

Jambu bertih terdapat dalam dua jenis warna.. iaitu jenis merah dan satu lagi jenis putih. Ada juga terdapat jambu bertih yang berwarna merah jambu.

Pokok jambu bertih rendang dan rendah sahaja. Buahnya lebat dan bersaiz kecil di dalam satu gugusan. Biasanya pokok jambu bertih boleh di dapati di kampung2 terutamanya di halaman rumah. Bagaimanapun di kampung aku pokok jambu bertih ini sudah semakin pupus dan sukar diperolehi. Kadang kala teringin juga nak makan buah jambu bertih tetapi tersangatlah sukarnya dicari!


Teringat nostalgia silam zaman kanak2 dahulu. Masa tu kat rumah Mak kat kampung ada sepokok jambu bertih merah ni. Selalu bila musim jambu bertih ni memang tak termakan.. melambak2 buahnya berguguran ke tanah. Aku dan adik2 'tak main' lah kutip buah yg dah gugur kat tanah tu. Kami petik sendiri panjat atas pokok.. sambil petik boleh masuk mulut terus. Fresh gitu! Huhuhu. Anyway sekarang ni pokok jambu bertih tu dh tak ada.. mati sebab kena panah petir!

Jambu Bertih mengimbas kenangan silam yang tak bisa berulang.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...