Friday, September 30, 2016

KENAPA PREMIUM BEAUTIFUL MAHAL..


Kenapa PREMIUM BEAUTIFUL MAHAL berbanding korset lain?!

Mahal ke atau berpatutan?!

Tidak adil sekiranya bandingan cuma dari segi harga tidak di ambil kira kualitinya, ketahanannya, kemewahannya, kestabilannya dan keselesaannya. 

Berpatutannya kerana ada sebab: 

■ PREMIUM BEAUTIFUL mendapat anugerah Superbrands Award - Malaysian Choice. After 20 years PREMIUM BEAUTIFUL masih lagi pilihan ladies di Malaysia.. sebab tu market PREMIUM BEAUTIFUL maintain hingga ke hari ini. 
■ Diinsuranskan pada nilai RM2 juta.
■ Terhasil dari gabungan teknologi 3 buah negara maju iaitu USA, GERMANY dan JEPUN.
■ Diiktiraf oleh International Chiropractic Association.
■ Fabriknya adalah dari material Akwatek n Akwadyne.
■ Lifetime Warranty - sebarang kerosakkan boleh hantar repair secara PERCUMA!
■ Most important Premium Beautiful fokus 70% untuk kesihatan n 30% untuk kecantikkan.
■ Mengandungi Far Infrared Ray [FIR] - Key of Health. 

Dari mana datangnya FIR?! Dari 'Tourmaline Gems'. 

So seluruh tubuh setiap wanita yang memakai PREMIUM BEAUTIFUL akan memperolehi khasiat dari TOURMALINE.. n bayangkan bila kita memakai PREMIUM BEAUTIFUL tubuh kita bagaikan disalut Kristal! 

Hadiahkan sesuatu yang berharga untuk diri kita kerana sememangnya diri kita begitu berharga! 

PM or WA 019.3420302 for info.

VAN aka TEKSI PINK!

Satu2nya tempat yang Uollsss bole jumpa VAN aka TEKSI PINK.. only in PANGKOR ISLAND! I LIKE! Huhuhu..
 

MARINA ISLAND, LUMUT

Panas terik pun gigih nak 'selfie'..
Ye la! Sesekali je balik sni.. bukan selalu kan! Lain kali esok balik mna tau ntah2 dh lain! Huhuhu..

Actually masa ni baru turun dari bot balik dari Pulau Pangkor..

 
 

Nampak sangat panasnya! Siap budak Airyl mintak sunglass kt Abah sebab tk bole nk bukak mata.. katanya!

Next planning.. Inshaaallah bulan DISEMBER akan balik ke Sitiawan lagi!

MISI MENCARI SELIPAR AIRYL..

Kalau kat Sitiawan ni mmg dah biasa cari selipar budak Airyl kt ECONSAVE je. Ada satu kedai tu mmg banyak selipar budak2..


Sanggup budak Airyl pakai selipar PINK Mommy! Sebak Mommy tengok..



Beria2 dia me'nerai selipar! Lepas satu.. satu..
Akhirnya after hampir 20 menit dapat la selipar yang diidamkan. RM9.90 je pn! Huhuhu..

MY FAVOURITE 'SOTONG GULA'..

Kalau balik ke Sitiawan memang tak sah kalu tak ke HASIL LAUT JAMILAH ni! Apa lagi 'soping' Sotong Gula n Bilis Mata Biru la! Mmg dh biasa memang beli kat sini je!


Kebiasannya Sotong Gula kat sini 3 Paket RM10.00. Yummy!


 Budak 'busuk' ni pun sibuk nak enterframe jugak! Huhuhu..



Mr Hubby favo dia sotong kering tanpa gula.. ala2 sotong sekor2 yang dijemur macam tu je! Mommy tak suka!

ROCKBUND FISHING CHALET, MARINA ISLAND

Rockbund Fishing Chalet ini terletak di Marina Island, Lumut. Terdapat 21 bilik kabin dengan pelbagai kelengkapan seperti wifi, 'seafood/western dining', bilik permainan kanak-kanak dan dewan pelbagai guna..



Apa lagi yang menarik adalah di tempat ini memandangkan di tengah pulau jadi anda akan dapat menikmati matahari terbit dan matahari terbenam.

Pastinya kalau kesini jangan lupa membawa alat kelengkapan memancing, kamera dan minda yang kosong yang tidak memikirkan kerja sebab nak berehat.







Kesian budak Airyl takut nak turun ke bawah! Duatiga kali dia cuba nak melangkah tapi tak jadi..


Satu hari nnti nk try stay kt sni.. walaupn HB bukan pemancing tegar tapi dapat nengok orang mancing pn OK la kan!

InshaAllah..
 

LAVENDER DAN PREMIUM BEAUTIFUL CARE HAND AND BODY LOTION


DID YOU KNOW!

Tanaman dengan bunga yang berwarna cantik dan berasal dari pegunungan Alpen di Switzerland ini sering di gunakan sebagai tanaman pengusir nyamuk.
Di dalam bunga lavender terdapat kandungan zat linalool dan zat lynalyl acetat.. kedua kandungan zat tersebut berfungsi sebagai pengusir nyamuk.
Biasanya bunga lavender digunakan sebagai bahan untuk lotion anti nyamuk!


Kalau ada lotion yang boleh elakkan dari digigit oleh nyamuk.. selain boleh melembutkan kulit, menghilangkan tumit pecah, mencegah masalah kegatalan kulit dan provide vitamin B dan E.. Uols nak tak?! Wow! Macam best kan?!

PREMIUM BEAUTIFUL CARE HAND AND BODY LOTION untuk elakkan gigitan nyamuk!
Nyamuk tidak sukakan aroma bunga Lavender kerana mengandungi zat linalool dan lynalyl acetet yg membuatkan nyamuk pening.

So mmg WAJIB pakai lotion ni sebelum tidur untuk elakkan gigitan nyamuk.. especially yg risau #Zika yg sedang berleluasa sekarang..

Selain itu bau #aromatheraphy #lavender yg sangat wangi dan harum dapat meningkatkan semangat, melegakan tekanan dan memberi penyeimbangan secara semulajadi..

Lotion ini sangat sesuai bagi yg ada masalah:-
√ Tumit kaki pecah
√ Kulit rasa bersisik
√ Kulit kering
√ Ruam di badan
√ Gigitan nyamuk
√ Gigitan pijat
√ Ekzema

Hanya RM23.00 sebotol [350ml]

PM/WA 019.3420302 for info..

KE KLINIK..


Sakit itu penghapus dosa² kecil..

PREMIUM BEAUTIFUL CLASSIC VS PREMIUM BEAUTIFUL ELEGANCE


Bak kata pepatah 'Sudah Dapat Gading Bertuah Tanduk Tidak Berguna Lagi!'

Mommy la tu! Bila dah ada Elegance lupa plk Classic. Padahal Classic tu la yg byk jasanya. Dh lama pakai.. memori dia pn tk pnh lupakan Mommy! Seriously beli Classic pada tahun 2011 dlu.. masih cantik lagi. Esok pkai la Classic.. kesian dia!

PREMIUM BEAUTIFUL #70%Kesihatan30%Kecantikan

1- Premium Beautiful merupakan perintis kepada pakaian dalam yang mempunyai teknologi Far-Infrared Rays [F.I.R] Premium Beautiful juga dah berada di pasaran Malaysia lebih daripada 20 tahun.

2. Mendapat pengiktirafan Superbrands iaitu Premium Beautiful merupakan pakaian dalam yang paling laris dan terhangat di pasaran kerana Premium Beautiful sangat berkualiti dan tahan lama. Superbands means any product yang mendapat pengiktirafan Superbrand ni dikategorikan sebagai product di mana highest in quantity and highest in quality sepanjang penjualan dan penggunaan product tersebut.

3. Mendapat pengiktirafan Persatuan Tulang Belakang Amerika Syarikat dan Canada. So untuk sesiapa yang mengalami masalah sakit tulang belakang, sakit belakang, slip disc.. In shaa Allah corset Premium Beautiful mampu membantu.

4. One Stop Centre - Premium beautiful memiliki segala-galanya. Direkacipta dengan berkonsepkan 70% kesihatan + 30% kecantikan = 100% keyakinan. Kesihatan badan akan lebih terjamin.. Insha Allah di samping dapat memecahkan lemak. Premium Beautiful juga dicipta dengan berkonsepkan mesra pengguna. Oleh itu si pemakai akan merasa selamat dengan pemakaian Premium Beautiful. Fungsi utama untuk 'TOUCH UP' tubuh pemakai supaya nampak kemas. No more bulge dan berlipat-lipat sana sini. Sambil tu FIR berfungsi untuk passively burn fat - FIR getarkan molekul air dalam badan dan mengembangkan salur darah supaya darah kita mengalir lancar dan mudah membuang toxin dalam badan.

5. Mampu dimiliki oleh semua orang - Boleh dapatkan secara cash, credit card dan AEON instalment! Percaya atau tidak, Premium Beautiful corset ni yang termurah di pasaran untuk corset yang sama league dengannya. Ada corset yang lagi mahal kat luar sana dalam range harga RM4,000 - RM6,000 untuk satu set.

6. Jaminan baik pulih kerosakan seumur hidup. So sebarang kerosakan akan dibaiki secara Free Of Charge [FOC]. Sampai bila-bila selagi ada bentuk rupa korset..
Kerosakan yang boleh dibaiki ni seperti :
- Koyak [bukan digunting]
- Hook tercabut
- Tetulang patah

PM/WA 019.3420302 for info and FREE Fitting..

KE ARAH KEJAYAAN THE DIAMOND CIRCLE


Aim 2 - 5 tahun jadi #Crown DiamondManager minimum income RM20,000.00 sebulan..

Nak ke Nak?! Bukan lama pun nak dapat pangkat tertinggi dalam bisnes ni. Siapkan 5 pangkat tercapailah impian tu. Tabung kereta idaman, melancong #percuma dan income pula unlimited..

Ada yang berbelas tahun bekerja pun belum ada rezeki kenaikan pangkat apatah lagi nak merasa gaji 5 figures..

But bisnes dgn SHOM ni menjanjikan benefit² yang ditetapkan syarikat.. as long usaha buat je sampai berhasil. Mmg confirm dapat!

Ada yang ingat bisnes ni #LowClass tp ramai yang tak tahu mostly in our team #ProfessionalLevel. Gaji 5 angka pun ada.. tapi dengan #Business dapat #GandaIncome. If nak #UpgradeEconomy kita dan family, bermula dengan #Income. Plus buat dlm #Teamwork yang susah jadi mudah.

Mari sertai kami. Contact 019.3420302 for info.

AIRYL dengan UNCLE 'STAFOC'..


Setiap kali tepandang gambar ni teringat kt budak Airyl.. balik kampung aritu bukan main bangga dia tunjuk gambar ni kt sepupu2 dia. Kembang kempis idung! Macam dia sorang la yg dapat selfie dengan Uncle STAFOC tu [Special Task Force On Organised Crime]..

MIN KAFFE - PENJENAMAAN SEMULA PRODUK

Min Kaffe atau dulu lebih dikenali dengan nama Mineral Coffee atau turut dikenali sebagai Kopi Kurus, merupakan salah satu product yang digemari ramai. Normally minum Min Kaffe setiap pagi untuk my own morning booster energy as well and nd selalunya kalau Mommy ambil Min Kaffe memang akan rasa kenyang lebih lama.


So, that’s why people always gelarkan Min Kaffe ini dengan nama Kopi Kurus. memang sesuai sangat untuk for those yang tengah on diet. At leas, you all kenyang lama sedikit and tidaklah cepat berasa lapar. 

.. and this Min Kaffe sesuai untuk yang ada masalah Migrain atau Sakit Kepala kerana pengambilan Min Kaffe ini tidak akan mengakibatkan sakit kepala atau migrain. 

Min Kaffe juga sesuai untuk ibu mengandung dan ibu yang sedang menyusukan bayi. Bagi ibu yang sedang menyusukan bayi, pengambilan Min Kaffe membantu melancarkan pengeluaran susu badan. seterusnya menjadi milk booster untuk ibu tersebut. 

Aroma istimewa Min Kaffe berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. Min Kaffe bukan sahaja memenuhi cita rasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.

Ramuan utama:
Kopi Robusta Garam Buluh 

Keberkesanan:
Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan. Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan kalium.Menghilangkan keletihan fizikal dan mental.Melegakan tekanan.

Harga sekotak Min Kaffe adalan RM33.00 dan mengandungi 20 sachets.

For those yang ingin membeli Mon Kaffe boleh PM/WA 019.3420302..

Thursday, September 29, 2016

MULTIPLE MYELOMA - Kanser Darah Yang Jarang Berlaku


MENGENAL KANSER MULTIPLE MYELOMA
 
Multiple Myeloma merupakan satu penyakit yang di kategorikan sebagai penyakit kanser darah yang boleh merebak dan menyebabkan maut. Penyakit Multiple Myeloma berpunca dari masalah di peringkat pembahagian sel dalam sum-sum tulang yang mengalami proses yang abnormal. Pembentukan sel plasma yang abnormal menghasilkan sejenis bahan paraprotein yang akan menggangu sebahagian sistem dalam badan manusia.

Apabila proses penghasilan sel plasma abnormal berlaku di dalam sum-sum tulang, ianya menyebabkan sel plasma terhasil terlalu banyak dan akhirnya merebak ke seluruh tulang. Kesannya apabila sel plasma terhasil adalah melebihi kadar yang normal di dalam sum-sum tulang ianya memberi kesan pengurangan penghasilan sel darah merah, sel darah putih dan juga platlet. Sel plasma yang abnormal yang berkembang biak di dalam sum-sum tulang akan membentuk ketumbuhan tumor lalu menghasilkan antibodi abnormal yang kadarnya tinggi dan melebihi dari kuantiti normal yang terkandung di dalam darah dan juga air kencing manusia. 

SIMPTOM-SIMPTOM PENYAKIT MULTIPLE MYELOMA

Seperti yang saya telah jelaskan, Multiple Myeloma ini merupakan sejenis penyakit yang tergolong dalam kumpulan jenis kanser. Kanser pada awal peringkatnya tidak menunjukkan sebarang simptom yang jelas. Kadang kala pesakit kanser Multiple Myeloma pada peringkat awalnya adalah sihat dan bertenaga. Lama kelamaan sel kanser ini berkembang biak di dalam badan pesakit lalu menunjukkan simptom yang jelas mengikut individu. Antara simptom penyakit Multiple Myeloma seperti berikut:

■ Berat badan menurun
■ Hilang selera makan
■ Sakit tulang terutamanya di bahagian belakang
■ Dahaga dan kerap membuang air
■ Sembelit
■ Anemia
■ Demam
■ Sakit kepala
■ Jangkitan penyakit yang berulang-ulang
■ Batuk berlarutan
■ Selsema

Penghasilan sel plasma yang tinggi dan abnormal menyebabkan sel darah putih yang dihasilkan adalah sedikit lalu menyebabkan sistem keimunan badan peaskit tidak mampu melawan jangkitan kuman. Begitu juga penghasilan sel darah merah terganggu dan menyebabkan pesakit mengalami simptom anemia. Platelet juga di hasilkan kurang akibat sel plasma abnormal yang memenuhi ruang sum-sum tulang. Kekurangan platlet menyebabkan pesakit mudah mengalami pendarahan sekiranya luka dan mudah mengalami lebam pada kulit. 

PROTEIN 'BENCE JONES' DI DALAM URIN PESAKIT MULTIPLE MYELOMA

Protein 'Bence Jones' selalunya hadir dan dapat di kesan di lama urin pesakit Multiple Myeloma. Ianya berkaitan apabila buah pinggang pesakit Multiple Myeloma mengalami kegagalan fungsi. Dalam kes Multiple Myeloma apabila antibodi yang terhasil adalah tinggi lalu terkumpul di dalam buah pinggang pesakit. Antibodi ini akan menjadi bahan mendapan di dalam sel dan tisu buah pinggang lalu menyebabkan kerosakan dan kegagalan fungsi buah pinggang. Istilah yang saya sering temui dalam rekod pesakit Multiple Myeloma yang buah pinggangnya rosak ialah sindrom nefrotik. Sindrom nefrotik merujuk kepda sel-sel nefron di dalam buah pinggang pesakit telah rosak.

Dari pengalaman saya juga, urin yang di keluarkan dari pesakit nefrotik sindrom selalunya keruh dan tidak jernih. Ini bermaksud buah pinggangnya telah rosak dan tidak boleh berfungsi secara normal untuk menapis bendasing darah. 

PENDIAGNOSAN MULTIPLE MYELOMA UJIAN DARAH PENUH

Ujian ini untuk mengira dan menyukat kuantiti kadar sel darah merah. Sel darah putih dan platelet. Selalunya bagi kes pesakit Multiple Myeloma sel darah merah, sel darah putih dan plateletnya adalah rendah dari kadar normal. 

UJIAN 'SMEAR' DARAH

Ujian 'smear' darah merupakan ujian untuk melihat jenis dan morfologi sel pesakit Multiple Myeloma menerusi mikroskop. Pendiagnosan terhadap morgologi sel darah merah kebanyakan menunjukkan ciri-ciri kes anemia. Kehadiran sel darah putih juga sukar untuk di kesan. Kadang-kadang sel plasma yang abnormal boleh di lihat di dalam smear darah pesakit Multiple Myeloma. Sel plasma selalunya hanya ada di dalam sum-sum tulang bukannya di dalam sistem saluran darah biasa. Sel darah merah kadang-kadang tersusun seperti syiling yang memanjang apabila di dalam kes Multiple Myeloma boleh di lihat di dalam 'smear' ini. Istilah ini dipanggil Rouleux Formation. 

UJIAN IMMUNOGLOBULIN

Ujian ini adalah untuk menyukat kuantiti jenis immunoglobulin yang terkandung di dalam darah dan juga urin pesakit Multiple Myeloma. Jenis immunoglobulin yang ada di dalam tubuh manusia ialah immunoglobulin gamma, alfa, miu, delta dan epsilon. [G,A,M,D,E] 

PEMERIKSAAN SUM-SUM TULANG

Pemeriksaan sum-sum tulang dilakukan untuk memastikan pendiagnosan adalah tepat dalam menentukn jumlah sel myeloma yang ada. Ujian ini juga penting untuk menentukan kesan sel myeloma trhadap sel darah merah, sel darah putih dan platelet. 

PROGNISIS YANG TIDAK BAIK

Kerisauan seorang anak bagaimana keadaan bapanya yang mengidap penyakit Multiple Myeloma, tentunya akan bertanya tentang prognosisnya.

"Bolehkah ayah saya sembuh?"

"Berapa lama bapa saya akan menderita?"

Maka tujuan saya memberitahu prognosis ini bukannya menakutkan waris mereka. Saya juga tidak mahu pesakit menjadi putus harap. Berputus asa dengan rahmat Allah. Maka soalan yang ditanya saya menjawabnya dengan penuh berlapik agar tiada hati yang terluka. Jika mengikut nota yang dikemukakan oleh International Staging System of Multiple Myeloma, selalunya penghidap penyakit Multiple Myeloma tidak hidup lama. Dianggarkan pesakit akan bertahan antara 62 bulan hingga 29 bulan mengikut tahap keseriusan penyakit ini.

Rujukan: Greipp PR, San Miguel J, Durie BG, et al. [2005]. “International staging system for Multiple Myeloma”. Journal of Clinical Oncology terbitan 23 [15]: muka surat 3412 – 20.

Ini tidak bermakna bahawa para doktor boleh menentukan ajal dan maut seseorang. Ini semua berdasarkan kajian census pesakit di seluruh dunia. Bukankah bagus kalau kita sendiri diberi peringatan awal agar 'undone business' dapat segera dilangsaikan. 

KANSER DARAH PADA USIA TUA

Multiple Myeloma adalah penyakit kanser sel darah putih melibatkan komponen yang dikenali sebagai sel plasma. [Definasi ini diambil dari buku text Plasma cell disorders. In: Goldman L, Ausiello D [eds]. Cecil Textbook of Medicine oleh Prof Rajkumar SV dan Prof Kyle RA pada 23nd Edition. terbitan WB Saunders. Philadelphia, PA. Bab 198. Mukasurat 1426 - 1437].

Risiko untuk menghidap penyakit Multiple Myeloma meningkat dengan peningkatan umur. Kebanyakan pesakit berumur 65 tahun ke atas. Kurang dari 1% pesakit Multiple Myeloma berumur kurang dari 35 tahun ke bawah. 

ADAKAH IBUBAPA KITA BERISIKO?!

Selain daripada faktor umur yang lanjut iaitu melebihi 65 tahun, kebanyakan pesakit Multiple Myeloma dideritai oleh lelaki melebihi daripada wanita. Alasan di sebalik ini tidak diketahui. Hanya berdasarkan pemerhatian yang dibuat mengikuti kiraan 'census' juga.

Mungkin ianya dapat dijelaskan dengan logik bahawa lelaki lebih terdedah kepada radiasi di tempat kerja. Pekerja yang terlibat di bidang petrokimia juga antara yang berisiko. Harus diingatkan, berisiko tidak bermakna harus akan mendapat penyakit itu tetapi kemungkinan untuk mendapat penyakit itu lebih tinggi daripada orang yang tidak berisiko.
Begitu juga dengan faktor baka keturunan.. jika ada di antara adik beradik atau ibubapa penghidap Multiple Myeloma, kemungkinan kita untuk mendapat penyakit yang sama adalah sama.

Satu kajian yang dilakukan oleh American Cancer Society mendapati bahawa orang yang obese lebih berisiko tinggi dari orang yang mempunyai berat yang ideal. 

SEGALANYA BERMULA DI KROMOSOM DNA

Multiple Myeloma merupakan penyakit yang kedua terbanyak [10%] dihidapi oleh pasakit berbanding dengan pesakit kanser darah yang lain selepas penyakit Non-Hodgkin’s Lumphoma.

Di kalangan pesakit kanser secara keseluruhannya ia dihidapi oleh 1% pesakit kanser.

Ini menunjukkan bahawa Multiple Myeloma adalah penyakit yang jarang berlaku. Walaupun banyak kajian dibuat mengenainya, namun belum ada kepastian punca sebenar penyakit. Pakar perubatan hanya menyebut pesakit Multiple Myeloma mengalami perubahan kromosom [chromosomal translocation] yang ketara pada kromosom ke 13 dan 11. Namun apa yang menyebabkan perubahan ini masih tidak diketahui. Saya percaya perkara ini adalah di luar kawalan kita dan hanya Allah saja yang mengizinkan sesuatu yang buruk berlaku.

Hanya Allah juga yang melindungi kita dari penyakit ini. Ujian Allah dalam bentuk 'pemberian’ penyakit Multiple Myeloma adalah untuk melihat hamba manakah yang sabar dan bersyukur.

Maka saya menyimpulkan bahawa penularan penyakit ini di luar kawalan kita dan dibawah kekuasaan dan kehendak Allah. Seharusnya kita sering berdoa agar Allah tidak menguji kita dengan ujian yang tidak tertanggung oleh kita. 

PERUBAHAN PADA TULANG SUM-SUM [BONE MARROW]

Sel plasma penting dalam sistem imuniti kita kerana membentuk antibodi. Antibodi ini dihasilkan di dalam tulang sum-sum [bone marrow] dan dihantar ke seluruh badan melalui sistem limfatik [lymphatic system]. Pada kebiasaannya sel plasma adalah sejenis sel darah putih yang menghasilkan dan mengeluarkan antibodi. Akibat terjadinya perubahan kromosom [chromosomal translocation], tubuh kita menghasilkan malignan sel plasma cells [jenis sel-B] yang dikeluarkan secara tidak terkawal.

Sel plasma Multiple Myeloma akan tetap tinggal di tulang sum-sum [bone marrow] di beberapa tulang seperti tulang belakang [spine], tulang tengkorak [skull] atau tulang rusuk [ribs]. Sel plasma ini menyebabkan peningkatan akitivti osteclastic iaitu proses di mana calcium meninggalkan tulang dan berada di dalam darah.
Keadaan ini menyebabkan tulang itu menjadi rapuh [osteoporosis] akibat ‘penghakisan’ ini disebut [lytic lesions] dan hypercalcemia [terlalu banyak kandungan calcium dalam darah].

Sel-sel Multiple Myeloma meghasilkan monoclonal protein yang banyak dikenali sebagai M proteins yang boleh dikesan dengan kaedah protein electophoresis. Ianya juga boleh dikesan di air kencing, dikenali sebagai Bence Jones Proteins. 

PENYAKIT MISTRI YANG SUKAR DIDIAGNOSA

Tidak semua penyakit dapat dikesan dengan mudah. Multiple Myeloma adalah salah satu daripadanya. Keluhan pesakit sangat tidak specifik. Pesakit mungkin mengadu pening kepala dan sukar bernafas. Keadaan pesakit semakin teruk sehingga jelas bahawa mengalami Multiple Myeloma. Namun mungkin ketika itu pesakit telah berputus asa dari perubatan moden yang dirawat dari klinik-klinik sahaja. Lalu pesakit cuba menjalani perubatan bomoh yang mengatakan ianya penyakit buatan orang akibat hasad dengki.

Paling menyedihkan kaum kerabat sendiri dituduh oleh bomoh sebagai orang yang menghantar 'guna-guna' untuk menyusahkan dirinya. Apabila keadaan semakin teruk dihantar pula ke hospital kerana kononnya 'bomoh' tidak berjaya untuk menundukkan guna-guna itu.

Di hospital, doktor mengatakan dia sudah parah dan terlambat untuk dirawat. Akhirnya pesakit dibawa pulang. Keluarga pesakit mengatakan, “Doktor di hospital tak buat apa-apa!” Sungguh menyedihkan!

Ini fenomena biasa yang saya alami ketika bekerja di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Johor. Peliknya hanya pesakit berbangsa Melayu yang beragama Islam yang menjadi mengsa keadaan seperti ini. 

TIP OF ICEBERG

Multiple Myeloma bukanlah penyakit misteri yang disebabkan oleh makhluk halus atau buatan orang. Namun Multiple Myeloma sangat sukar didiagnosa kerana ianya ibarat 'Tip of the Iceberg'. Ini bermakna apa yang dapat dilihat di permukaan laut hanyalah sedikit berbanding dengan apa yang berada di dalam aras laut.

Apa yang dikeluhkan oleh pesakit adalah sebahagian kecil perubahan yang sedang berlaku akibat perubahan yang besar dalam tubuhnya. Pemeriksaan darah dan xray yang rutin tidak dapat mengesan penyakit ini. Jadi janganlah berputus asa jika pemeriksaan rutin tidak mendiagnosa apa-apa penyakit. Namun saya percaya pemeriksaan rutin yang teliti memberikan clue untuk doktor mengesyorkan kepada pesakit menjalankan pemeriksaan lanjut.

Jika telah disahkan menghidap Multiple Myeloma ianya boleh dikawal dengan rawatan. Ini bermakna tanpa rawatan yang betul penyakit Multiple Myeloma akan merosakkan seluruh sistem tubuh kita dengan kadar yang cepat seterusnya akan menyebabkan pesakit menemui ajal dengan lebih cepat lagi. 

KESAKITAN PADA TULANG

Multiple Myeloma menyebabkan kesakitan pada tulang terutama tulang belakang [spine] dan tulang rusuk [ribs]. Akibat kesakitan ini pergerakan terhad dan rutin sehariannya terjejas. Jika kesakitannya hanya berada di satu tempat, kemungkinan ianya disebabkan oleh tulang telah patah [bone fracture] akibat osteophorosis.

Jika ianya melibat tulang belakang ianya akan menyebabkan kelumpuhan [paralysis] akibat terjejas saraf tunjang akibat spinal cord compression. Ia menyebabkan pesakit tidak dapat mengawal kencing dan berak.

Tulang menjadi rapuh akibat kalsium pada tiulang diserap keluar menyebabkan jika dibuat pemeriksaan darah, didapati kandungan kalsium dalam darah amat tinggi [hypercalcemia]. 

DEMAM YANG RENDAH ATAU DEDAR
Penghasilan antibodi juga terjejas. Ini bermakna sistem imuniti dalam badan tidak berfungsi dengan baik . Akibatnya pesakit kadang kala mengadu demam yang ada kalanya tidak terlalu kuat [dedar].

Ada pesakit yang mengadu sukar bernafas disertai demam yang tinggi. Pemeriksaan xray di dapati paru-parunya bermasalah dan doktor hanya memberikan diagnosanya sebagai pneumonia. Ianya boleh dirawat untuk sementara dengan antibiotik yang sesuai.

Tidak kurang yang mengadu mengalami masalah membuang air kecil iaitu sakit ketika kencing dan tidak lawas. Pemeriksaan urine mendapati ada jangkitan kuman di dalam air kencing. Malah ada ketikanya ianya menyebabkan jangkitan kuman sehingga ke ginjal, pyelonephritis menyebabkan bernanah di buah pinggang. Akhirnya pesakit mendapat penyakit kerosakan ginjal [renal failure]. Ini semua akibat tahap immuniti yang rendah.

Begitu juga kadang kala pesakit berkeadaan lemah, pucat lesi dan tidak bertenaga. Pesakit kadang kala menggeletar, tidak tahan sejuk, pening dan pelbagai lagi rungutan yang tidak specifik. Pemeriksaan darah secara routine mendapati pesakit menghidap anemia, iaitu kandungan haemoglobin rendah dalam darah. Oksigen tidak dapat dibawa oleh haemoglobin menyebabkan pesakit mengalami lemah, penat susuah bernafas dan plebagai sungutan tadi.

Apa yang sering menjadi rungut pesakit mesteri ini ialah rasa lemah badan, kadang kala keliru dan emah badan tidak bertenaga. Ini semua disebabkan oleh kandungan kalsium dalam darah yang amat tinggi [hypercalcaemia].

Cuba ikuti lagi cerita ini.
Selain itu pesakit mengadu masalah sakit kepala, pandangan mata berkabur, susah mengawal kencing dan berak [akibat kerosakan pada saraf tunjang spinal cord], rasa kebas pada tangan.

Kelemahan pada anggota tubuh menyebabkan pesakit tidak mampu bekerja. Pesakit tidak berdaya untuk berjalan dan mengangkat tangan [disebabkan oleh serangan amyloid pada saraf tangan dan kaki]. Ada kalanya ianya seperti pesakit stroke yang tidak boleh mengangkat tangan dan kaki di sebelah badan [paraplegia].

Doktor yang mengesyaki Multiple Myeloma pada pesakit akan membuat pemeriksaan darah untuk serum protein electrophoresis. menunjukkan peningkatan secara mendadak paraprotein di gamma zone pada pesakit Multiple Myeloma. 

MENGAWAL DAN MENGURANGKAN SEL KANSER

Rawatan untuk Multiple Myeloma difokuskan pada aktiviti mengawal dan mengurangkan [containment and suppression] sel-sel kanser dengan rawatan kemoterapi. Keadaan ini tidak dinamakan sembuh. Ianya adalah replase elepas rawatan, namun bergantung kepada keadaan pesakit semasa rawatan itu dijalankan. Pesakit merasakan beransur pulih, namun harus diingatkan lagi bahawa ianya sebenarnya relapse, pesakit akan mengalami kesakitan itu jika tidak dimonitor.

Namun apa yang dibimbangkan apabila pesakit mengalami keadaan dinamakan 'treatment resistance' di mana rawatan kimoterapi yang biasa diambil tidak lagi berkesan, namun boleh dirawat dengan rawatan menggunakan ubat-ubatan kemoterapi yang baru.

Kesimpulannya Multiple Myeloma adalah penyakit yang 'dapat' tanpa 'dicari', menandakan ketahanan badan semakin uzur dan memasuki fasa berundur. Apa yang perlu ialah ketabahan menghadapinya dan berfikir panjang dan mulakan langkah-langkah menginsafi diri..

Sumber: http://subiharon.blogspot.com dan http://drzubaidi.wordpress.com

Thursday, September 8, 2016

SEJARAH dan Asal Usul AIDIL ADHA


Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi.. dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, 'Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu wajiblah dituruti.' Apabila mendengar kata2 ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, 'Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.'

Setelah persetujuan dicapai keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, 'Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini nanti kitapun akan dibunuhnya.'

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju berkatalah anaknya, 'Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.'
 
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.. tetapi alangkah terperanjatnya apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...