Tuesday, December 1, 2015

AKTIVITI SETIAP TAHUN.. JALAN2 KE PULAU LANGKAWI

So seperti tahun2 yg sebelumnya.. aktiviti Jalan2 ke Pulau Langkawi kini kembali lagi! Huhuhu..

 

Klu sebelum ni kami menaiki kereta dan feri untuk ke Pulau Langkawi.. tapi kali nak kami memilih untuk menaiki 'flight' pula. Kebetulan masa HB buka laman web Airasia tengah ada promosi tambang murah.. so apalagi HB pun terus 'grab' la!

PERJALANAN ke PULAU LANGKAWI

Dari Putrajaya kami mengambil ERL untuk ke KLIA2. Di Stesen ERL Putrajaya 'parking' pun senang dan murah iaitu cuma RM3.00 sehari. Tambang untuk ke KLIA2 pula hanya RM6.00 untuk orang dewasa dan RM3.00 untuk kanak2 dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 28 minit saja..

Penerbangan ke Pulau Langkawi dari KLIA2 pula hanya memakan masa sekitar 1 jam 5 minit. Tempoh yang tak terlalu lama untuk Airyl dan Mr Hubby.. sebab kebiasannya dorang berdua ni akan pening2 dan mabuk bila naik flight. Huhuhu..

Ada org muka dh cuak! Biasanya klu naik flight dia mesti 'mabuk'. Alhamdulillah.. kali ni dia OK je!

Kami tiba di Lapangan Terbang Padang Mat Sirat, Langkawi lebih kurang jam 4.30 petang.. HB terus 'booking' teksi untuk ke hotel penginapan iaitu Malibest Resort di Pantai Cenang. Bayaran teksi adalah RM30.00. Aku kira agak mahal sebab perjalanan hanya beberapa minit sahaja.. tapi nak buat mcm mna?! Kan tempat pelancongan! So redhooo..

Kalau sebelum ni kami pernah menginap di Sandy Beach Hotel dan Hotel Helang, Cenang Rest House dan Bayview Hotel etc.. kali ni kami menginap di Malibest Resort dan De'Baron Hotel pula. 

PANTAI CENANG 

Salah satu kawasan yang menarik untuk dikunjungi dan diinapi adalah Pantai Cenang. Memang tak rugi walau hanya bermalam di hotel atau motel murah di kawasan pantai Cenang kerana pantainya memang cantik dan bersih..

Tambahan pula Pantai Cenang sekarang dah maju dan 'happening' dengan adanya McDonalds, Starbucks, Old Town Kopitiam, KFC etc. Sepanjang Pantai Cenang tu penuh dengan kedai2.. dari restoran, gerai makan hingga ke kedai2 baju, peralatan renang dan macam2 lagi. Memang 'best n happening'..

'Tree Top Chalet' di Malibest Resort, Langkawi..
'Family Room' a.k.a bilik kami di Malibest Resort..

MALIBEST RESORT LANGKAWI

Malibest Resort Langkawi terletak di Pantai Cenang iaitu lokasi paling popolar di Langkawi. Malibest Resort menyediakan 81 bilik penginapan dengan 5 ‘Tree Top’ chalet. Kedudukannya yg strategik menjadikannya destinasi yg terbaik untuk percutian.

.. setiba kami di Malibest Resort apalagi?! Bila dah laut depan mata.. so mandi je la! Bdk Airyl yg paling 'happy' sekali sebab dia memang suka mandi laut!

Menangis sbb baru lepas 'lemas'. Mandi tk hengat.. dh smpi ke tengah! Huhuhu..

JALAN2 CARI MAKAN

Kalau nk ikutkan memang berlambak restoren atau warung makan di area Pantai Cenang. Sebut je nak makan apa.. Seafood, Chinese, Indian, Western, masakan Melayu, Thai, Arab n banyak lagi!

Bagaimanapun memandangkan hujan renyai2 yg turun sejak jam 7.00 petang tidak membolehkn kami untuk berjalan jauh.. so kami hanya makan malam di Telaga Seafood Restaurant.. yg betul2 terletak di seberang jalan Malibest Resort je.

Candle Light Dinner di Telaga Biru Restaurant.. tp candle nya tkde la plk! Huhuhu..
Nasi Goreng Cina n Teh Tarik. Yummy!

Berbagai2 menu disediakan di Telaga Seafood Restaurant ni. Semuanya ada. Sebut je nk apa! Huhuhu..

Apa pun pilihan aku Nasi Goreng Cina n Teh Tarik.. manakala HB pula memilih Nasi Goreng Tomyam. Memang 'marvellous'!

AKTIVITI HARI KEDUA [JUMAAT]

Seawal jam 6.30 pagi budak Airyl dah bangun dan ajak mandi laut! Sabar je la..

 

Setelah lebih kurang 2 jam mandi laut kami bersiap2 untuk aktiviti ke SkyCab a.k.a Cable Car pula. Sementara menunggu kereta yg disewa HB smpi kami sempat bersarapan dahulu..

ORIENTAL VILLAGE and THE LANGKAWI CABLE CAR a.k.a SKYCAB

SkyCab Langkawi terletak 709 meter di atas paras laut.. perjalanan menaiki SkyCab ke puncak kedua tertinggi di Langkawi adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan. Sepanjang 20 minit perjalanan mengembara di kecuraman 42 darjah sejauh 2.2 kilometer..

 

Kami tiba di SkyCab pada jam 11.00 pagi dan orang beratur pun dah panjang..

Satu tarikan terbaru dan untuk mengelakkan dari bosan beratur terlalu lama, sebuah SkyDome telah dibina untuk para pengunjung merasai pengalam menonton video 360 darjah dalam panggung mini. Lebih kurang macam Planetarium KL cuma versi kecil sedikit. WAJIB masuk dalam SkyDome sebab bayarannya dah termasuk dalam harga SkyCab. 


Ada 3 station iaitu Base Station, Middle Station dan Top Station. Dari Base Station ke Middle Station kira2 sepanjang 1500 meter dengan ketinggian 650 meter dari aras laut. Di Middle Station kita boleh duduk sambil menikmati pemandangan indah kawasan pergunungan dan pulau2 di sekitar Pulau Langkawi.

Cuaca di atas memang berangin.. malahan ada ketikanya angin yg agak kuat sampai 'terbang' tudung dibuatnya! Huhuhu..


Kalau dah puas bergambar di Middle Station boleh naik pula ke Top Station yg lagi sejuk dan lagi berangin. Top Station merupakan persinggahan terakhir sebelum turun ke Base Station.


Setelah puas bergambar di platform check point.. jangan lupa ke SkyBridge pula. Dari SkyBridge kita boleh menikmati pemandangan indah Pulau Langkawi, Kedah dan Southern Thailand dari ketinggian 708 meter.

Paling menarik jambatan bengkok ini dipegang oleh satu tiang besi sahaja. Kadang2 akan terasa seolah2 jambatan bergoyang jika tiupan angin sedikit kuat. SkyBridge Langkawi sepanjang 125 meter ini antara jambatan melengkung terpanjang di dunia dan dibina dengan menggunakan bahan2 yang diangkut menggunakan helikopter. Amazing kn!

SkyCab beroperasi dari pukul 10.00 pagi hingga 7.00 malam bergantung kepada keadaan cuaca. Perkhidmatan mungkin dihentikan ketika angin kencang dan hujan.

Harga Tiket Public Rate with MyKad
RM15.00 [Dewasa] dan RM10.00 [Kanak-kanak 2 - 12 tahun]

Waktu Operasi
Isnin - Khamis: 10.00 am - 7.00 pm
Jumaat - Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah: 9.30 am - 7.00 pm 

INTERACTIVE 3D ART MUSEUM in PARADISE


Interactive 3D Art Museum in Paradise ini adalah yang kedua terbesar di dunia. Muzium yg berharga RM17 juta ini mempunyai lebih 200 gambar 3D. Make sure korang bergambar sekreatif mungkin!


 UNDERWATER WORLD

Underwater World ialah satu tempat tarikan pelancong dan pengunjung di Langkawi. Sesiapa yg berkunjung ke Langkawi pasti akan mengunjungi tempat ini. Ianya menempatkan lebih 200 spesies yg berbeza daripada laut dan ikan air tawar termasuk anjing laut pelabuhan, penguin Rockhopper, jerung, pari gergasi dan Arapaima Amazon yg besar [ikan air tawar yg terbesar di dunia].

Teruja melihat Sotong Gergasi. Octopus?!
Giant Stingray..
Jellyfish..
Sea Horse..

Harga Tiket Public Rate with MyKad
RM33.00 [Dewasa] dan R23.00 [Kanak-kanak 3 - 12 tahun]

Waktu Operasi 
Daily: 10.00 am - 6.00 pm
School and Public Holiday: 9.30 am - 6.30 pm

AKTIVITI HARI KETIGA [SABTU]

Hari ketiga di Langkawi kami join aktiviti Islands Hoping yang aku kira aktiviti paling best sepanjang trip ke Langkawi. Island Hopping akan membawa ke tiga buah pulau yg sangat cantik di Langkawi iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah dengan menaiki 'speedboat'.

Tepat jam 9.15 pagi van datang menjemput kami di Malibest Resorts untuk aktiviti Islands Hoping. Satu group a.k.a satu speedboat ada 10 - 15 orang. So dalam group kami selainnya ada 3 pasangan baru berkahwin dan satu family dengan 2 orang anak beserta ibu n bapa mereka..

Sempat 'selfie' dalam van yg menjemput kami utk Islands Hoping. Van buruk! Huhuhu..
Happy sangat budak Airyl tu dapat naik bot! 'Sonok! Ayel suka naik bot laju!' katanya..
Tasik Dayang Bunting..

Di Pulau Dayang Bunting bdk Airyl yg paling seronok sekali mandi manda.

Masa yg diberikn oleh pemandu speedboat lebih kurang sejam untuk menikmati keindahan Pulau Dayang Bunting dan keindahan flora dan fauna di sana. Memang cukup indah!

Kemudian kami dibawa pula ke Pulau Singa Besar untuk melihat burung helang yg merupakan simbolik bagi Pulau Langkawi. Aktiviti ini dinamakan 'Eagles Feeding'. Konon nak beri burung helang makan padahal tak bawa pun makanan helang. Sepatutnya pemandu speedboat yang sediakan makanan burung helang tapi dia tak bawak pula. So kami hanya melihat burung helang berlegar2 di atas speedboat.


Persinggahan terakhir Islands Hopping adalah di Pulau Beras Basah. Ketika di Pulau Beras Basah aku merasakn cuaca amat panas sangat.. memang serious panas sampai berpinar biji mata dibuatnya. Mujur tak migrain! Mungkin sebab waktu tu dh pukul 1.00 tengahari..

Erk! Naik 'speedboat' pakai kain. Ko ader?! Huhuhu..
Pantang jumpa air.. pasti budak Airyl ni nk mandi!
Mandi manda di Pulau Beras Basah walau cuaca panas terik!
Nk buat mcm mna kan?! Dh mmg schedule 'Islands Hoping' nya macam tu..

Selesai aktiviti Islands Hoping van menghantar kami balik semula ke Malibest Resorts. Siap2 check-out dr Malibest Resorts.. seterusnya kami check-in di De Baron Resort Langkawi plk.

Biasa la.. dh berehat2 tenangkn fikiran kat tepi pantai.. kini tiba aktiviti untuk 'shopping' pula!

Sempat ber'selfie' kt depan Nusantara Maju..

Dalam perjalanan untuk ke De Baron Resort kami sempat singgah di kedai gamat Nusantara Maju. Banyak jugak la aku membeli minyak gamat, bam serai gamat, minyak panas gamat.. etc.

DE BARON RESORT LANGKAWI

Baron Group of Companies antara pengendali industri pelancongan di Langkawi.. mempunyai 512 bilik di De Baron Resort, Langkawi Baron Hotel n Baron Motel di Kuah.. manakala 3 lagi iaitu Langgura Baron Resort, Malibest Resort dan Best Star Resort terletak di Pantai Cenang.

De Baron Resort.. sebuah hotel bumiputera bertaraf 3 bintang ini terletak di Pekan Rabu n berdekatan masjid Al-Hana.. dengan jarak sekitar 14 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Resort ini menawarkan 2 jenis kolam renang terbuka, cafe berhadapan dengan laut, restoran dan taman untuk bersantai..

Mohon abaikan 'entiti' kt belakang tu! Huhuhu..

SHOPPING COKLAT! Huhuhu..


Tak lengkap percutian ke Pulau Langkawi kalau tak bawa pulang coklat kan?! So boleh borong coklat banyak2 kat sni. Tempat WAJIB pegi adalah Langkawi Saga, Hj Ismail Group, Idaman Suri etc. Macam2 coklat boleh jumpa kt sini. Harga pula lebih murah berbanding di Kuala Lumpur.

Masuk memang la FREE.. tapi bagi sesiapa yg gilakan coklat, pinggan mangkuk, luggage.. mmg boleh pokai dibuatnya! Kali ni pergi ke Langkawi memang aku tk plan untuk shopping barang2 dapur a.k.a pinggan mangkuk sebab naik flight. So shopping coklat je! Konon nak bajet.. bukan bajet duit tapi bajet ruang.. dalam bajet2 pun penuh satu trolley bag memborong coklat! Huhuhu..

So antara coklat WAJIB beli di Langkawi adalah Kinder Bueno, Hersheys Kisses, Hersheys Cookies, Daim, Ferero Rocher, KitKat, Cadbury, Pepero, Toblerone, M&M..

TOBLERONE ni beli 6 pax..
KINDER BUENO ni mmg favourite.. tapi kali ni beli 3 pax je!
HERSHEYS KISSES ni paling banyak beli..15 paket smuanya! Huhuhu..

AKTIVITI HARI KEEMPAT [AHAD]

Langkawi Bird Paradise.. sebuah taman tropika berkeluasan 5 ekar di sepanjang Jalan Ayer Hangat, kira-kira 10 minit dari pekan Kuah. Ia juga dikenali sebagai Langkawi Wildlife Park [Taman Burung Langkawi].

Budak Airyl dok jauh.. takut 'bird'. Huhuhu..

Terdapat kira-kira 150 spesis burung ditempatkan di sini. Selain burung, arnab dan haiwan lain seperti ikan, sang kancil, buaya, landak, arnab, kura2 dan lain2 turut ada.

Uniknya tempat ni ialah kita boleh memberi makan burung, ikan, rusa, itik, angsa, ostrich, arnab, landak, sang kancil dan banyak lagi.. dengan 1 paket makanan yg hanya berharga RM6.00. Paling mengujakan bila burung2 kecil makan di tapak tangan. Dalam banyak2 burung.. yg kecil dan berwarna warni ni amat menawan hati. Bayangkan burung2 tu boleh bertenggek kat tapak tangan kita makan beramai2. 

Kita juga diberi peluang memberi makan ikan serta arnab. Bayangakn berpuluh2 arnab comel menyerbu kaki sebab berebut lobak. Seronok melihat sang kancil, burung merak, burung2 dan ayam dilepas bebas..

MAKAM MAHSURI


Bagi yang gemar kisah bersejarah jangan lupa untuk melawat Makam Mahsuri. Di sana korang akan dapat mempelajari sejarah Mahsuri dengan lebih mendalam n dapat melihat barang peninggalan Mahsuri seperti Makam Mahsuri, Perigi Mahsuri, rumah lama dan alat2 tradisional serta muzium yang menyimpan khazanah peninggalan Mahsuri.

Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 kilometer dari Pekan Kuah. Makam ini telah didirikan bagi memberi penghormatan kepada Mahsuri, seorang gadis yg dituduh berzina

Kisahnya Mahsuri dihukum bunuh akibat fitnah dan iri hati. Dia telah diikat kepada sebatang pokok asam jawa. Dua bilah lembing tajam telah digunakan. Namun apabila ditikamkan ke tubuh Mahsuri lembing yang tajam itu tidak dapat menembusi kulit atau dagingnya. Selepas segala percubaan itu gagal, Mahsuri memberitahu bahawa jika sekiranya mereka betul2 hendak membunuhnya, dia ada sebilah lembing kepunyaannya sendiri di rumahnya n senjata itulah sahaja yang boleh membunuhnya.

Maka perintah pun dikeluarkan untuk pergi mengambil lembing Mahsuri. Apabila ditikamkan lembing itu ke tubuhnya maka kelihatan darah putih memancut ke atas lalu terbentuk seperti payung di atas kepalanya. Sebelum Mahsuri menghembuskan nafasnya yg terakhir dia telah bersumpah n berkata dengan suara yg lembut tapi jelas bahawa oleh kerana perbuatan zalim ini Pulau Langkawi tidak akan makmur dan tidak akan menikmati keamanan selama tujuh keturunan yg akan datang dan menjadi 'Padang Jarak Padang Tekukur'. 

Sumpahan Mahsuri itu benar berlaku..

Di hadapan Makam Mahsuri..
 

Telaga Mahsuri dikatakan boleh menyembuhkan penyakit kulit dan menjadikan wajah awet muda. Tk tau la betul atau tak.. sebab aku tk sentuh pn air dari perigi tu. 'Khurafat' kata Mr Hubby! Huhuhu..


Harga Tiket Public Rate with MyKad
RM5.00 [Dewasa] dan R3.00 [Kanak-kanak 3 - 12 tahun]

Waktu Operasi 
Daily: 8.00 am - 6.30 pm

PULANG ke KUALA LUMPUR.

Seriously memang tak puas berjalan dan 'shopping' di Langkawi. Banyak lagi tempat yang kami belum pergi. Next year trip Langkawi kami nak layan 'Mangroove' pulak. Insha Allah..

Totally trip ini sangat 'best' dan 'awesome'!

Sempat ber'posing' di hadapan De'Baron hotel sebelum bertolak ke Airport Langkawi..
TQ Nissan Latio yg banyak berjasa pd kami sepanjang percutian di Langkawi.. dua hari cuma RM140.00.
Erk! Bdk Airyl tertido la plk! Huhuhu..
Abah 'check'in'.. Mommy n Airyl 'selfie' dlu! Huhuhu..

SELAMAT TINGGAL PULAU LANGKAWI! Tahun depan kita berjumpa lagi. Inshaaa Allah..

☎ Kalau nk diikutkan mmg terlalu banyak gambar2 yg diambil sepanjang 4 hari 3 malam kami bercuti di Pulau Langkawi.. tapi setakat tu je la yg mampu aku kongsikan. Klu nk tepek semua 10 pages pun tak cukup nanti! Lagi pun banyak gambar yg kureng memuaskan.. maklum setakat guna HP Sony Xperia C5 Ultra Dual je! Huhuhu..

1 comment:

Anonymous said...

Boleh saya tahu bench m&m itu dimana ya dkt langkawi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...