Thursday, August 24, 2017

TDC BUSINESS PROPOSAL


Ramai orang tertarik dengan orang kaya! Bercita2 nak jadi kaya. Nak miliki seperti orang kaya miliki. Nak melancong seperti orang kaya..

.. tapi mereka sering kali berfikir, mereka tak mampu capai seperti orang kaya capai. Mereka tak punyai keistimewaan seperti orang kaya miliki. Mereka tak ada 'cable' untuk jadi kaya..

Mereka tak pandai berniaga. Nak berniaga pun modal tak ada. Ada modal, sibuk pulak melanda. Ada juga yang takut gagal. Jadi tak pernah mencuba berniaga..

.. di The Diamond Circle uolls boleh jadi kaya! Uolls boleh memiliki apa yg orang kaya miliki. Uolls boleh melancong ke luar negara 2 kali setahun Free Of Charge. Memang PERCUMA!

Ada elaun rumah, elaun kereta, elaun pencen, elaun prestasi dan pelbagai elaun lagi..
Tak percaya?! Jom kita jumpa! Kita share TDC Business Proposal a.k.a Marketing Plan. Kalau suka.. kita buat sama2. Kalau tk suka.. tkpe. Tkde paksaan dan tak rugi apa2 pun..

PM/WA Mommy jika nak tahu details..

Tuesday, August 8, 2017

MERDEKA PROMO


MERDEKA PROMO IS ON! 

Grab everyone hari ni. Murah dari harga biasa!
Sempena bulan KEMERDEKAAN ni jom MERDEKA kan bentuk badan kita. 

Premium Beautiful direka khas bukan sahaja untuk kecantikan malah mampu merawat masalah seperti period pain.. selulit.. strechmark.. keputihan.. bongkok.. sakit belakang.. perut buncit..terlalu kurus..

Untuk pembelian secara #Cash #CreditCard #AEONCredit.. HARI INI Sahaja Promo Premium Beautiful Merdeka Sale SUPER JIMAT dan FREE GIFT Mommy beri Premium Beautiful Natural Wash..

PM/WA 019.3420302 fo info! Now.. Now.. Now..

Wednesday, August 2, 2017

KENAPA MALU UNTUK BERNIAGA?!

  

Sememangnya ramai lagi masyarakat Malaysia masih malu untuk mulakan perniagaan. Ada juga di antara mereka malu untuk berjumpa dengan pelanggan serta malu untuk komersialkan dan promosikan produk atau servis mereka.

Mereka malu sekiranya produk mereka gagal dipasarkan serta malu ditertawakan oleh rakan2. Daripada hal ini, ramai juga yang tersalah anggap bahawa perasaan malu tersebut boleh kita atasi dengan menjalankan perniagaan dari rumah [perniagaan internet]. Ternyata pandangan mereka sememangnya SALAH!
 
USAHAWAN TAK BOLEH MALU!

Untuk berjaya dalam perniagaan internet sebenarnya kita tak boleh lari daripada pelanggan. Kadang2 pelanggan lebih suka sekiranya kita berjumpa dengan mereka, lagipun ia juga boleh menambah kepercayaan terhadap kita.

Ternyata dalam mana2 perniagaan, kita selaku usahawan memang tak boleh lari daripada perasaan malu. Memanglah perasaan malu ada baiknya tapi adakalanya sekiranya malu tak bertempat ia akan menghalang proses bisnes kita.

TANGANI PERASAAN MALU ANDA

Jika timbul perasaan malu untuk berniaga, fikirkan sejenak tentang 3 perkara di bawah ini:

1. Perniagaan Digalakkan Oleh Islam.

Menjalankan perniagaan merupakan kegiatan yang mulia dan baik disisi Islam. Malahan, Rasulullah S.A.W pernah bersabda.

"9/10 daripada harta adalah dari hasil berniaga!" – [HR Tarmizi]

2. Perniagaan Sunnah Rasulullah S.A.W

Seperti yang kita tahu, menjalankan perniagaan merupakah salah satu pekerjaan yang dijalankan oleh Nabi kita sendiri. Rasulullah S.A.W telah didedahkan dengan dunia perniagaan sejak kecil lagi. Baginda mengikuti bapa saudaranya, Abu Talib berniaga di seluruh pelusuk Tanah Arab.

.. dari situ Rasulullah belajar selok belok perniagaan sehingga baginda mendapat kepercayaan dari umat Islam. Justeru itu kenapa kita perlu malu melakukan sunnah Rasulullah?!

3. Perniagaan Boleh Menguasai Ekonomi Negara

Seperti yang sedia maklum, 10 orang terkaya di dunia kebanyakannya menjalankan perniagaan. Sebagai contohnya, Robert Kuok yang terkenal dengan Raja Gula serta Ananda Krishnan juga mempunyai empayar perniagaan besar seperti Maxis dan Astro.

Dengan kekayaan, mereka juga dapat menyalurkan sumbangan kepada golongan sederhana dan miskin di negara ini. Tidakkah itu satu perbuatan yang mulia?!

Jadi, tiada sebab untuk kita malu untuk berniaga. Tanya diri sendiri sekali lagi, kenapa perlu malu untuk berniaga?!

Thursday, July 27, 2017

PAKAI PREMIUM BEAUTIFUL PERUT TAK GELEBER



Uolls kalau jenis yang susah nak control makan.. pakai #PremiumBeautifulCorset je senang. #PB control untuk kita.. tak perlu susah2.

Yup! Bila pakai PB automatically kita boleh control kuantiti makanan. Memang akan rasa cepat kenyang so badan pun tak mengembang dan berat badan boleh turun dengan cepat.

Choose #PremiumBeautiful sebab bila pakai PB ni berat boleh maintain dan shape badan pun makin kemas. Bukan itu saja those yang ada masalah #sakitpinggang dan lenguh lenguh kaki.. bole try pakai #PBCorset ni. Memang hilang terus masalah tu!

PM/WA 019.3420302 untuk booking PB sekarang sementara PROMOSI masih ada!


PREMIUM BEAUTIFUL ROAD TOUR


Salam sejahtera orang² di #Medan #Indonesia. Apa khabar semuanya?!

Mommy bersama leader DSM @AzzaAmri juga our biz partner #AzzaAmriProtege akan terbang ke Medan, Indonesia pada 29 - 30 Julai 2017 nanti untuk share peluang biz and product.

Kami akan adakan demonstrasi produk agar kalian berpeluang lihat dan rasa lebih jelas. Matlamat kami juga untuk menjalinkan ukhwah lebih erat supaya dapat share bersama² kehebatan berniaga bersama SHOM..

Ayuh orang² Medan kita bertemu. Peluang #bisnis ini mudah. Secara online sahaja bisa tambah pendapatan. Juga peluang pakai #FREE korset ini dengan #BONUS besar setiap bulan!

Intan Faznita | 019.3420302
Premium Beautiful Expert

MATA TAK BERHIJAB

Hanya orang terpilih je ada SIXTH SENSE!

Ada orang kata MATA TAK BERHIJAB tu REZEKI dan ANUGERAH!

.. tapi rezeki ke kalau hati tak akan tenteram dan kehidupan akan terganggu kerana mata sentiasa boleh melihat rupa paras makhluk yang biasanya menakutkan?!

Kisahnya pada tahun 2013 ketika usia MUHAMMAD AIRYL ZAKWAN 3 tahun dia sering melihat 'penampakan2' terutamaya di atas siling rumah especially di kipas siling dan di dalam bilik tidur..

Ketika bermain matanya selalu memandang ke atas siling dan kadang2 dia bertanya dengan nada pelatnya, 'Mommy kenapa dia duduk kat kipas tu?!' atau 'Mommy kenapa dia asik tengok Ayel je?!'

Bertahun juga lah kami tak keluar malam sebab takut Airyl akan diganggu oleh penampakan2 yang macam2 pula di luar!

Jujur kami katakan juga kami pernah menjemput seorang 'Tok Bomoh' untuk menghalau 'penampakan' yang sering dilihat oleh Airyl.

Sebenarnya ada kisah bagaimana ianya bermula.. tapi tak mengapa lah. Yang penting semakin Airyl membesar hijabnya semakin tertutup. Alhamdulillah..


Gigih Mommy beli dan membaca keempat2 buku MATA TAK BERHIJAB ni sebab nak tau macam mana dan apa benda agaknya yang budak Airyl tu selalu nampak!

So siapa yang dah baca buku ni?!

Mungkin ada di antara korang yang pernah mendengar cerita seperti dalam buku ini ataupun mungkin ada yang mempunyai pengalaman sendiri. Bukan semua orang mendapat kelebihan hijab terbuka ni.. hanya orang2 yang terpilih je!

Apapun Mommy bersyukur kerana Allah SWT tidak memilih Mommy..
Kerana apa?! Kerana Mommy mungkin tak dapat mengawal perasaan kalau Mommy boleh melihat alam ghaib ni. Ntah apa yang akan terjadi.. iman pun bukanlah kuat sangat. Mau agaknya Mommy mati terkejut!

Honestly Mommy juga memang seorang yang sangat penakut! Malahan kalau anak2 saudara kat kampung takut Mommy selalu dengar Mak akan cakap, 'Korang ni penakutnya macam Mommy!' Huhuhu..

Wednesday, May 31, 2017

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA



BAHAN-BAHAN

1 paket serbuk agar-agar
1 liter air [4 cawan]
200-250ml santan pekat [1 cawan]
1 ketul gula Melaka [lebih kurang 250gm]
1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
Sedikit gula pasir sekiranya perlu
Secubit garam
2 helai daun pandan disimpul
Sedikit esen vanilla

CARA-CARA MEMBUATNYA

Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut. Masukkan garam, daun pandan, esen vanilla gula Melaka dan gula pasir. Jika kurang manis tambah sedikit lagi..

Bila gula Melaka dan gula pasir dah hancur masukkan santan bersama telur.
Masak dengan api perlahan. Pastikan agar-agar sentiasa dikacau rata dan biarkan santan tadi menjadi seakan-akan gumpalan kecil.

Bila mendidih matikan api. Keluarkan daun pandan dan tuang ke dalam bekas yang sesuai.
Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan..

Tuesday, May 30, 2017

HAMIL DENGAN PREMIUM BEAUTIFUL


Ramai wanita yg kat luar sana masih mempunyai masalah sukar untuk hamil. Even di antara family members and rakan kenalan pun hadapi masalah yang sama. Jadi tak salah untuk kita cuba dan mencari jalan untuk mendapatkan zuriat. Salah satu cara yang selamat ialah dengan penggunaan Premium Beautiful Corset.

Ramai wanita mesti tertanya2, macamana Premium Beautiful Corset membantu?!
Di bawah ini adalah beberapa alasan kepada kesan pemakaian Premium Beautiful untuk conceive..

1. Premium Beautiful membantu menyeimbangkan hormon estrogen dan progesterone, FSH, LH.

2. Dengan hanya memakai Premium Beautiful, kedudukan rahim adalah lebih stabil, kukuh, dilindungi dan disokong penuh sebagaimana fungsi bengkung ketika dalam pantang malah lebih baik lagi!

3. Sebenarnya kegemukan dan lebihan berat badan memang mengganggu hormon dan menjejaskan peluang untuk concieve.

4. Boleh menyelesaikan masalah period yang tak konsisten dan mengurangkan masalah period pain.

5. Premium Beautiful juga berkesan untuk menguatkan kembali otot rahim selepas bersalin.

6. Premium Beautiful mengurangkan dan seterusnya membersihkan cysts dan fibroid dalam ovari yang diketahui banyak menyerang wanita terutama wanita berumur 40 tahun ke atas.

7. Boleh mengurangkan masalah keputihan.

8. Apabila rahim dalam keadaan baik, peluang untuk conceive adalah lebih tinggi!

Pada wanita yang masih terus berusaha untuk dapat zuriat, Mommy sarankan cuba lah memakai PREMIUM BEAUTIFUL. Mana tahu berkat hasil usaha InsyaAllah akan berhasil?!

Yang penting jangan mudah mengalah dan sentiasa tawakal pada Allah! Wallahu a'lam..

Friday, May 26, 2017

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK


".. saya dengan rendah diri terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang sengaja atau tidak disengajakan. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. Inshaa Allah.. "
 
Doa Malaikat Jibril menjelang Ramadhan, "Ya Allah! Tolong abaikan puasa umat Muhammad apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal2 yg berikut:
■ Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya [jika masih ada]..
■ Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri..
■ Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang2 sekitarnya.. "

Maka Rasulullah pun mengatakan 'Amiiinnn' sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan yang berdoa adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat dan dilakukan pada hari Jumaat.

Firman Allah S.W.T: "Wahai orang2 yg beriman! Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat2 yg sebelum kamu. Semoga kamu menjadi orang2 yg bertaqwa."
- [Surah Al-Baqarah: Ayat 183] 

Salam RAMADHAN Al-Mubarak buat semua..

Thursday, March 23, 2017

RESEPI NASI DAGING KEDAH


BAHAN SUP UNTUK DIBUAT STOK

1 kg daging lembu - dipotong kiub besar-besar
2 - 3 inci halia - dipotong nipis
1 ulas bawang besar
Garam secukup rasa

Rebus daging bersama semua bahan-bahan lain sehingga lembut dan empuk. Asingkan daging. Simpan 3 - 4 cawan air untuk stok nasi. Baki stok boleh dicampur lagi air untuk dijadikan sup untuk dihidangkan bersama nasi.

BAHAN-BAHAN NASI

1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 sudu besar pes tomato puri
1 bungkus kecil rempah sup - atau kalau jumpa rempah nasi daging segera, boleh je guna
1 sudu besar rempah kurma
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak
4 1/2 cawan beras siam
4 - 5 cawan air rebusan daging - atau lebih terpulang ikut beras yang kita guna
1 cawan susu sejat
2 - 3 helai daun pandan - disimpul
1 sudu besar rempah sup 

BAHAN KISAR 

5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 
3 - 4 inci halia
Kisar sehingga halus

Cuci beras dan tapis airnya didalam penapis.

Panaskan minyak dan cairkan minyak sapi. Tumis daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga kemudian masukkan bahan kisar dan serbuk rempah sup bersama rempah kurma. Tumis sehingga naik baunya.

Masukkan air rebusan daging dan susu sejat bersama tomato puri dan kacau rata,  biar sehingga mendidih, kemudian masukkan beras dan daging yang telah direbus.

Masak seperti masak nasi biasa sehingga kering airnya..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...